LOADING

Type to search

Makanan HM Produk HM

ZOE , MAKANAN LAZAT UNTUK SI BULUS ANDA!!

Share

Memperkenalkan produk makanan kucing yang lazat lagi menyihatkan daripada Zoe. Makanan kucing yang diperkaya dengan daging segar tanpa tulang, sayur-sayuran segar serta bahan-bahan semula jadi yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi akan memperkuatkan tubuh si bulus anda.

Jadi bagi anda yang ingin mencari kelainan, cubalah produk makanan daripada Zoe untuk si bulus anda. Jadi apa tunggu lagi, berilah si bulus anda produk makanan Zoe dengan tiga perisa yang berbeza iaitu Chicken with sweet potato & Quinoa, Turkey with peas & russet potato dan Turkey with barley quinoa.

3-DYI-Pet-Beds-for-a-weekend-project_Desktop

DAILY NUTRITION – CHICKEN WITH SWEET POTATO & QUINOA

Biskut kucing yang dirumus khas daripada Zoe ini mempunyai kombinasi gandum dan quinoa dimana ia mempunyai glycemic (ukuran karbohidrat) yang rendah di dalam ubi keledek. Dan di tambah pula dengan lemak asid omega, flaxseed, chia seed dan juga minyak ikan salmon untuk mengekalkan bulu kucing anda berkilat dan lembut.

Selain itu, produk biskut kucing ini juga dapat membantu kucing anda untuk hidup lebih sihat dan lama dengan makanan yang kaya dengan antioksidan, phytonutrients, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tubuh kucing anda. Produk makanan daripada Canada ini memberikan rasa yang terbaik dengan sumber semula jadi khas untuk si manja anda.

Zoe_CF_DailyNut_CHKSPQNA_52571_1.3kg_SIDE-copy
Zoe_CF_Indoor_TKYPEAPOT_52576_1.3kg_SIDE-copy

INDOOR-TURKEY WITH PEAS & RUSSET POTATO

Produk Zoe-indoor ini khas untuk si bulus anda di rumah. Di rumus khas dengan kombinasi daging ayam ‘turkey’ segar bersama kacang peas dan kentang russet. Dua bahan utama ini merupakan sumber vitamin dan kaya dengan antioksidan, malah ditambah pula dengan flaxseed, chia seed dan minyak ikan salmon untuk memberikan bulu kucing anda menjadi lembut dan bulunya bersinar dan gebu!.

Dengan produk makanan daripada Zoe ini, membuatkan kucing anda sihat dan cergas. Biskut kucing yang dirumus khas dengan sumber lemak yang kurang daripada produk makanan Zoe yang lain. Malah produk ini juga kaya dengan sumber fiber labu yang dapat membantu mengawal keguguran bulu si manja anda.

WEIGHT CONTROL-TURKEY WITH BARLEY & QUINOA

Makanan kucing yang dirumus khas untuk si manja ini mempunyai kombinasi daging turkey yang segar yang di campur dengan gandum daripada barli dan quinoa. Kombinasi yang bagus ini kaya dengan sumber vitamin dan tinggi dengan antioksidan untuk tubuh kucing anda.

Ditambah pula dengan kandungan lemak asid omega, flaxseed, chia seed dan minyak ikan salmon yang mampu membuatkan kucing anda semakin sihat dan bertenaga. Malah bulu kucing anda juga kelihatan bersinar, berkilat dan gebu!.

Bagi anda yang ingin menjaga berat badan si manja, Zoe weight control ini adalah pilihan terbaik kerana ia dirumus khas dengan kurang lemak, serat dan kaya dengan sumber L-carnitine (sumber nutriet yang dibekalkan untuk tubuh badan).

Zoe_CF_WeightControl_TKYBARQNA_52581_1.3kg_SIDE-copy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *