LOADING

Type to search

Cerita HM

WALAUPUN HANYA MEMPUNYAI 2 KAKI, KUCING INI MASIH MAMPU BERBAKTI

Share

Scooter adalah seekor kucing kurang upaya yang menaiki wheelcart dan telah menjadi kucing terapi, untuk membantu memberi harapan dan semangat yang baru kepada mereka yang tinggal di Hospital HealthSouth Harmarville Rehabilitation.

SI SCOOTER BERBAKTI KEPADA PESAKIT

antarabangsa2

Scooter mula lumpuh sejak dari kecil lagi. Bermula dari itulah, Scooter telah tinggal bersama-sama dengan Natrona Heights dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Walaupun Scooter tahu dia adalah kucing yang kurang upaya, dia langsung tidak patah semangat dengan kehidupannya. Malah Scooter sentiasa aktif dan ceria dengan keadaan sekeliling.

Jadi Kucing Terapi Di Hospital

Dr. Betsy Kennon telah mendapat ilham apabila melihat Scooter, lalu meminta izin daripada pemiliknya untuk membawa Scooter ke Hospital HealthSouth Harmarville Rehabilitation. Scooter telah diberikan wheelcart kerana kekurangannya agak membataskannya untuk bergerak bebas. Selepas itu, ia akan dibebaskan untuk berjalan di sekitar hospital. Secara tidak langsung, apabila ada pesakit atau pengunjung yang melihatnya, mereka akan mendapat satu semangat dan harapan yang baru untuk terus berusaha memulihkan penyakit masing-masing. Sehingga ke hari ini, Scooter telah menjadi kucing terapi di hospital ini bermula dari empat tahun lepas.

Scooter – Cat of The Year

Scooter juga telah mendapat pengiktirafan dari American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ASCPA) sebagai Cat Of The Year kerana jasanya banyak membantu kerohanian pesakit yang tinggal di hospital tersebut untuk kembali kuat melawan penyakit. Bukan itu sahaja, Scooter banyak mengembirakan hati orang sekeliling yang melihatnya.

Cabaran Menjaga Scooter

Dr. Betsy Kennon berharap bahawa ada seseorang yang berbesar hati untuk menghulurkan sumbangan bagi menjaga kebajikan Scooter. Hal ini kerana, banyak keperluan khas untuk Scooter meneruskan kehidupannya, dan ianya memerlukan kos yang agak tinggi.

Dari segi penjagaan harian si comel ini, Dr. Betsy Kennon akan menukar lampin Scooter sebanyak dua kali sehari kerana Scooter tidak boleh melompat atau menggunakan litterbox. Scooter adalah seekor kucing yang normal dan lasak, kadangkala Scooter juga tidak sedar bahawa aktiviti yang dilakukannya agak terbatas. Walaupunpun Scooter mengalami kecederaan yang tidak diketahui puncanya, tetapi tragedi yang menimpa Scooter sememangnya dahsyat, sehingga menyebabkan dia lumpuh. Melihat semangat dan kelincahan Scooter yang menjalani kehidupannya dengan gembira dan produktif mengelilingi hospital dengan bantuan wheelcartnya, pasti membuatkan semua orang yang mempunyai daya upaya yang lebih dari Scooter akan lebih bermotivasi untuk terus sihat dan bahagia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *