LOADING

Type to search

Fakta HM

The Singapura Cat – Si Mata Bulat

Share

The Singapura Cat merupakan kucing berbaka kecil, dan di katakan berasal dari Singapura. Ia juga dikenali sebagai Kucing Parit atau Kucinta di sesetengah tempat. Kucing ini juga dikatakan mempunyai pelbagai personaliti. Kebanyakan pemilik menyukai kucing jenis ini kerana sifatnya yang sangat penyayang. Jom kenali lebih lanjut tentang The Singapura Cat ini.

THE SINGAPURA CAT – Si Mata Bulat

The Singapura Cat3

Sejarah

Pada tahun 1975, setelah habis waktu kerjanya di Singapura, Tommy dan Hal Meadow kembali ke Amerika Serikat dengan membawa 3 ekor kucing berbulu cokelat padat. Ketiga-tiga kucing ini terdiri daripada sepasang indukan dan satu anakan yang ketiganya terlahir di Singapura. Baka ini diambil namanya dari perkataan bahasa Melayu iaitu β€˜Singapura.’ Sehingga ke hari ini, baka ini telah diiktiraf oleh kebanyakan persatuan pendaftaran. TheSingapura Cat sudah diakui oleh CFA pada tahun 1982 dan berjaya mendapatkan status “Championship” pada tahun 1988.

Personaliti

The Singapura Cat merupakan salah satu jenis kucing berbadan paling kecil di dunia. Bulunya sangat pendek, padat dengan tubuh yang berotot. Seekor kucing Singapura betina dewasa beratnya hanya sekitar 2.5 hingga 3 kg, manakala yang jantan sekitar 3-4 kg. Ekornya ramping, sedikit pendek daripada panjang tubuhnya.

Singapura Cat sangat cepat menyesuaikan diri dengan suasana baru kerana ia memang sentiasa teruja untuk menerokai persekitaran yang belum pernah dikunjunginya. Ia juga kucing yang sangat suka bersosial dan berkomunikasi dengan manusia. Ia tidak kisah untuk berkongsi ruang dengan anjing. Kucing berbaka ini juga sangat bagus melayan kanak-kanak kerana tersangat aktif dan sesuai bermain bersama. Majoriti pemilik yang memiliki baka ini mengatakan badannya memang kecil tetapi sangat lincah apabila bermain. Baka kucing ini juga dikatakan lebih bijak daripada kucing yang lain.

Cara Penjagaan

Pemilik Singapura Cat perlu sentiasa membersihkan kucing mereka seminggu sekali dan kukunya ditrimkan. Rumah pemilik juga harus sentiasa dibersihkan kerana Singapura Cat amat sensitif pada ruang yang kotor yang memudahkannya untuk jatuh sakit. Walaupun kebanyakan baka kucing mempunyai beberapa isu-isu kesihatan, kebiasaan penyakit yang dihadapi oleh Singapura Cat ialah penyakit inersia rahim, iaitu kelemahan otot-otot rahim (betina) yang membuatkan mereka kurang mampu untuk bersalin sendiri.

The Singapura Cat1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *