Type to search

Pilihan Editor Si Bulus HM

THE KNOWLEDGE BIRMAN

Share

Salah satu jenis baka kucing yang misteri di dunia adalah dari jenis Birman. Bahkan ada satu kepercayaan yang mengatakan jika kucing ini mati di kuil, maka jasad kucing tersebut akan ditemani khusus oleh arwah pendeta (manusia).


Setakat mana yang diketahui, asal-usulnya jenis baka ini adalah berkaitan antara Perancis dan Myanmar (Burma) namun jenis baka ini merupakan ‘sahabat’ yang setia dan berkembang maju dalam persekitaran domestik waktu ini.

Jika diperhatikan, walaupun baka ini memiliki bulu lebat dan panjang, tetapi baka Birman ini mempunyai hanya satu lapisan bulu yang padat. Ternyata keistimewaan ini berjaya meletakkan baka Birman ini antara kegemaran pencinta kucing masa kini.

KUCING SUCI BURMA

Birman yang turut dikenal sebagai Kucing Suci Birma adalah jenis kucing yang memiliki tubuh fizikal yang besar, panjang dan sedikit gempal. Sememangnya bulu Birman tidak setebal kucing Parsi kerana baka ini adalah dari jenis kucing ‘semi longhair’ iaitu berbulu sederhana dan panjang namun teksturnya tidak mudah kusut, beralun lembut membaluti lapisan kulitnya dengan pola warna bulu yang menyerupai kucing Siam.

Tambahan lagi, baka Birman mempunyai corak dan warna ‘pointed’ di bahagian muka, hidung, telinga dan ekornya turut berwarna coklat.

Anda sebagai penggemar kucing pasti tertarik dengan jenis kucing ini menawan dan unik. Kedua matanya berbentuk agak bulat dan berwarna biru yang tidak begitu pekat. Wajah Birman terlihat seperti seekor kucing yang tegas dengan rahang yang kuat, dagu yang bulat dan hidung Roman, yang melengkung di tengah sehingga ternampak seakan benjolan.

Perwatakkan dan personaliti kucing ini cenderung untuk lebih aktif berbanding kucing Parsi, tetapi tidaklah seaktif kucing Siam. Selain itu, baka Birman merupakan kucing yang menyenangkan dalam erti kata lain, mudah untuk dikendalikan dari segi penjagaan dan kesihatannya.

Cumanya pemilik kucing jenis baka ini perlu teliti soal penjagaan bulunya kerana jika tidak diselanggara dengan baik, baka ini mudah mengalami ‘hairball’.

– Setia adalah sifat semula jadi.
– Perwatakkan lembut dan pencinta rumah.
– Tidak begitu gemar memburu, tetapi masih menikmati dan mengejar permainannya.
– Sifatnya yang mudah bergaul dan berkawan, baka ini adalah lebih sesuai untuk dibela di dalam rumah.

Tags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Up