Type to search

Buletin HM Cerita HM

Terbukti Bahawa Anak Kucing Patah Kaki Boleh Sembuh & Berjalan Semula

Share

Butter, anak kucing yang telah patah kakinya telah dibawa ke tempat yang selamat di New York City. Pada mulanya, kemungkinan besar anak kucing ini akan kehilangan kaki kanannya buat selamanya.

Tetapi anak kucing ini telah membuktikan bahawa kakinya juga boleh sembuh dan aktif seperti kucing-kucing yang lain.


Pengasas bersama Meow Parlour iaitu Christina Ha telah mengambil Butter dan menghantarnya ke klinik haiwan untuk menerima rawatan yang lebih rapi daripada pakar.

Berdasarkan penyelidikan x-ray, tulang kaki ‘humerus’ dan ‘radius’ sebelah kanannya itu telah patah. Pakar bedah Butter mengatakan bahawa Butter disarankan untuk mengalami proses pemotongan kaki yang patahnya itu iaitu ‘amputation’.

Butter merupakan seekor kucing yang aktif dan kuat semangat. Walaupun kakinya patah tetapi dia masih lagi mempunyai aura yang positif dengan hidupnya dan orang sekelilingnya.

Semasa proses penyembuhan kakinya, Butter tidak berasa sakit. Oleh itu, pakar menyarankan untuk memberi sedikit masa untuk Butter sembuhkan kakinya dahulu sebelum membuat keputusan yang terakhir untuk kakinya itu.

Selepas beberapa minggu proses penyembuhan, Butter menjadi semakin kuat dari hari sebelumnya. Kucing tersebut sudah mula untuk bermain dengan anak kucing yang lain, melompat dan berlari.

Maka, setelah melihat kemajuan penyembuhannya itu, ahli pakar bedah Butter telah membuat keputusan yang Butter sudah sembuh dan tidak perlu untuk membuat rawatan lanjut. Kini, Butter sudah boleh berjalan dengan gembiranya.

Sumber: LoveMeow

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *