Type to search

Si Bulus HM

SPHYNX YANG KUAT MERAJUK

Share

Aksi lincah dan manja si bulus membuatkan ramai peminat dan pemilik kucing berlumba-lumba memelihara mereka dengan menjadikan ‘anak angkat atau peneman hidup mereka.


Lumrah kita gemar melihat kucing berbulu lebat. Bagaimanapun, ada kalangan penggemar kucing masa kini yang sukakan spesis kucing yang tidak berbulu seperti baka Sphynx. Renungan mamalia putih kemerahan dengan tompokan bulat kebiruan dan ekornya panjang tirus mampu membuatkan perasaan membuak-buak untuk mendekati dan menyentuh baka unik ini.

Kucing Sphynx turut dikenali dengan jolokan nama ‘Canadian Hairless’ kerana baka ini mempunyai bulu pendek atau sedikit sekali. Bulu kucing tersebut sangat halus seperti lapisan tipis di bahagian kulit dan kucing ini dihasilkan dari keturunan kucing yang pernah mengalami mutasi genetik. Oleh itu, jumlah spesis Sphnyx ini begitu terhad dah masih sukar untuk ditemui di Malaysia.

Bagi sesiapa yang pertama kali melihat spesis kucing ini pasti menganggap kucing berkenaan dijangkiti penyakit atau mereka mengandaikan pemiliknya mencukur bulu haiwan tersebut.

KARAKTER SPHYNX

Kucing Sphynx ini sesuai dijadikan kucing ‘indoor’ atau peneman dalam rumah kerana mudah untuk membentuk ikatan (bond) yang kuat dan rapat dengan pemilik atau sesiapa yang mendampinginya.

Ternyata baka kucing yang ditemui di Kanada ini memiliki sifat yang tersendiri antaranya lincah, sangat manja dan aktif seperti kucing lain. Menurut pemilik Sphynx, baka kucing ini suka dibelai dan akan merajuk jika tidak dihiraukan. Sekiranya berminat untuk memelihara baka kucing ini, individu itu perlu mempunyai minat dan memahami serba sedikit mengenai kucing berkenaan sebagai panduan agar segala perihal penjagaannya dapat dilaksanakan dengan baik.

– Nama ‘Sphynx diambil sempena patung Sphinx besar yang terletak di Giza, Mesir.
– Sphynx sebenarnya mempunyai bulu sangat halus, pendek dan berwarna cerah seperti bulu roma (vellus hair).
– Jika terasa sejuk, haiwan ini bijak mencari tempat yang boleh menghilangkan kesejukan seperti di bawah kain selimut atau tidur di sebelah pemiliknya.

Tags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *