LOADING

Type to search

Buletin HM

SNAPCHAT ATAU SNAPCAT?

Share

Snapchat atau SnapCAT. Snapchat yang merupakan sebuah aplikasi mesej multimedia yang digunakan secara global, yang dibuat oleh Evan Spiegel, Bobby Murphy, dan Reggie Brown telah mengumumkan di Twitter bahawa kucing anda juga boleh menggunakan aplikasi itu kini.

Sebelum ini, anjing telah terlebih dahulu dijadikan haiwan pertama yang mampu menggunakan aplikasi ini.

Dari mahkota diraja, bunga , topi tembikai dan ini akan menjadikan kucing anda sebagai si bulus yang paling ‘cool’ dalam dunia snapchat.

Untuk memberikan yang terbaik, ‘filter’ ini dibangunkan untuk bekerja bersama antara pemilik dengan kucing, Kamera dapat membezakan antara si bulus dan manusia, jadi apabila si bulus berada di dalam ‘framing’, ikan emas kecil akan muncul berenang-renang di antara telinga kucing anda. Semua ini dapat dihasilkan menggunakan filter yang dinaik taraf.

Ada pengguna mendapati bahawa pengesan ini berfungsi keatas haiwan lain, seperti hamster.

Sekiranya anda mempunyai kucing atau haiwan berbulu lain, update Snapchat anda dan rasai keseronokkan bersama si bulus.

Sumber: Star Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *