Type to search

Cerita HM

SIASATAN DIADAKAN ATAS DAKWAAN KUCING DILEMPAR KELUAR DARI CERMIN KERETA

Share

New Zealand- Polis telah menyiasat laporan bahawa seekor kucing dilemparkan keluar dari sebuah kereta bergerak di kawasan Dannevirke, lalu menafikan dakwaan tersebut benar.

Polis dan SPCA mengeluarkan kenyataan bersama pada hari Khamis petang selepas polis bercakap dengan mereka yang terlibat.

“Berdasarkan maklumat yang ada pada kini, polis tidak percaya bahawa kucing itu dilempar keluar dari tingkap kereta, walaupun ia mungkin kelihatan seperti ianya dilempar oleh beberapa saksi,” kata kenyataan tersebut.

Polis dan SPCA percaya kucing itu sebenarnya telah dilanggar kereta tersebut dan kini pihak pemeriksa SPCA akan terus mencuba mencari kucing itu.

Berkemungkinan kucing tersebut mempunyai kecederaan yang serius memandangkan kelajuan kereta tersebut pada waktu itu mencecah lebih 100km/h. Ini mampu menyebabkan kecederaan pada leher dan tulang belakang.

Sumber: Stuff.co.nz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *