LOADING

Type to search

Cerita HM

Si Kembar Buta Yang Saling Bergantungan

Share

Seorang wanita yang berhati mulia dari Sydney telah menjumpai dua ekor anak kucing yang comel sedang leka bermain di halaman belakang rumahhnya. Lantas dia terus memberi makanan kepada kedua-dua ekor anak kucing ini dan menyedari ada sesuatu yang istimewa mengenai twin brothers ini.

Uniknya Si Kembar

Anak-anak kucing yang berusia kira-kira tiga minggu ini, kedua-duanya mempunyai kelainan pada mata mereka. Menyedari akan perbezaan yang terdapat pada mata mereka, wanita ini terus membawa mereka berjumpa dengan doktor haiwan untuk tujuan pemeriksaan lanjut.

Telahannya benar, kerana kedua-dua anak kucing ini tergolong dalam kategori kurang upaya dan memerlukan penjagaan dan kos perubatan yang tinggi. Malangnya, wanita ini tidak mampu membiayainya dan terus meminta pertolongan walaupun tiada siapa yang mahu menjaga kembar ini.

Disahkan Cacat

Nasib kedua-dua anak kucing ini berubah, apabila pada Mac 2016, Inner City Strays telah mendengar cerita mengenai dua saudara kembar ini dan menawarkan bantuan. Pasangan kembar ini dinamakan Stevie dan Isaac. Namun begitu, walaupun anak-anak kucing ini berada dalam jagaan yang lebih rapi, mereka masih memerlukan bantuan rawatan dengan segera.

Kedua-dua kembar ini dilahirkan dengan kelopak mata yang cacat di mana kelopak dan selaputnya termasuk ke dalam dan menutup anak mata. Kesannya, Isaac mempunyai ulser pada matanya dan Stevie disahkan buta sepenuhnya. Pada kunjungan mereka yang pertama di klinik, mereka cukup bertenaga sehingga menarik perhatian para doktor yang berada di situ.

Kembar ini memerlukan pembedahan mata kerana mereka berisiko untuk mendapat jangkitan. Dengan itu, pembedahan telah pun dijalankan di mana mata yang buta telah dibuang dan Dr Mark di SASH dan Dr Olivia di Balmain Veterinary Hospital telah menyusun semula kedudukan kelopak mata Isaac supaya matanya dapat dijaga dengan baik. Kurang daripada 24 jam selepas pembedahan, Stevie dan Isaac mula bermain seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Saling bergantungan

Disebabkan Stevie buta secara keseluruhannya, beliau bergantung sepenuhnya pada Isaac. Jika Stevie keliru ataupun memerlukan bantuan, beliau akan mengiau mencari Isaas yang akan terus berlari mendapatkan abangnya dan memberi perhatian. Mereka ini seperti belangkas dan tidak pernah berjauhan antara satu sama lain.

Kebanyakan orang yang melihat mereka bermain tidak akan percaya bahawa mereka sebenarnya buta. Isaac hanya mampu melihat dengan sebelah mata dan Stevie buta sepenuhnya namun mereka berdua mampu melihat melalui deria lain dan bermain, berkejaran seperti kucing-kucing yang lain.
Tertarik akan kelincahan kembar ini, satu pasangan berminat untuk membela mereka dan memberikan nama yang baru buat kembar ini iaitu β€˜Buddha’ dan β€˜Mogwai’.

Kredit: LoveMeow

blind2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *