LOADING

Type to search

Cerita HM Uncategorized

“Saya anggap mereka semua bagaikan anak saya sendiri.”

Share

Kisah sepasang suami isteri sanggup mengeluarkan belanja kira-kira RM100 sehari bagi memberi makan hampir 80 kucing yang sudah dianggap seperti ‘anak sendiri’.

Rosli Ismail, 47, dan isterinya, Mariam Roin, 47, yang juga peniaga buah-buahan di pelantar ikan Kubang Rotan, Kuala Kedah, berkata, mereka bangun seawal jam 6 pagi setiap hari untuk membeli tiga kilogram ikan untuk dibawa pulang sebagai hidangan kepada kucing mereka.

“Saya kemudian akan meminta kedai makan berdekatan menggoreng ikan terbabit sebelum ia diberi bersama dua kilogram nasi kepada 30 kucing jalanan di pelantar Kubang Rotan dan 20 kucing jalanan di pelantar Seberang Kota.

Rosli berkata, beliau dan isteri mula menjaga semua kucing jalanan berkenaan sejak dua tahun lalu, kerana kasihan melihat nasib haiwan itu tidak mendapat makanan sempurna.“Sejak itu saya bertekad memberi semua anak kucing di kawasan pelantar makanan setiap hari, termasuk membawa pulang anak kucing yang sakit. “Saya tidak boleh tengok anak kucing ini dihalau atau dipukul mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga berasa haiwan itu sudah seperti anak saya,” katanya.

Cerita mengenai kisah suami isteri yang memberi makanan kepada kucing jalanan itu ditular di laman sosial sejak kelmarin dan ramai netizen memuji tindakan mereka itu.

Bagi Mariam pula, jika ada rezeki mereka bercadang membuka hotel untuk memudahkan pemilik kucing meletak haiwan peliharaan mereka sekiranya ada tugasan luar daerah.

“Kucing paling manja dengan kami adalah kucing hitam yang namanya Mael dan apabila dipanggil namanya, ia akan datang malah ramai peniaga cukup mesra dan sayang padanya.“Saya tidak kisah berapa banyak dibelanjakan untuk kucing kerana sepanjang kami memberi makanan kepada haiwan, rezeki kami tidak pernah putus,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *