Type to search

Cerita HM

RUMAH PERLINDUNGAN KUCING TERBIAR TAIPING, AZAM MURNI 2019

Share

Geli- Celi Kucing, sebuah syarikat yang perniagaan menjaga kucing bercadang untuk mewujudkan sebuah rumah perlindungan bagi kucing terbiar di daerah ini, tahun depan.

Pemiliknya, Faizulniza Puzi, 36 berkata, pembukaan rumah perlindungan itu bertujuan agar kucing jalanan mempunyai tempat perlindungan selain memastikan kebajikan mereka diberi perhatian.

Beliau berkata, pihaknya sedang berunding dengan Majlis Perbandaran taiping (MPT) untuk mendapatkan tempat bagi tujuan itu.

“Kucing yang ditempatkan di rumah perlindungan ini akan dijaga dan diberi rawatan sebelum ia diberikan secara percuma kepada mereka yang berminat menjaga kucing berkenaan.”

“Ia juga mejadi salah satu konsep sukan pelancongan yang boleh mendedahkan pengunjung yang berkunjung ke Bandar Taiping.” Katanya kepada media pada program Eksplorasi Dunia Kucing di Galeri Perbandaran Taiping di sini.

Mengenai program itu, sebanyak 10 baka kucing dipamerkan pada pameran mulai pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari ini dengan memperkenalkan 10 baka kucing di negara ini.

Sumber: Bernama.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *