LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

RINGWORM – Infeksi Kulit Pada Si Bulus

Share

Kurap kucing ataupun lebih dikenali sebagai Ringworm adalah disebabkan jangkitan sejenis fungus atau kulat yang mudah menyerang kucing, terumata bagi kucing peliharaan yang dibiarkan bebas berkeliaran bersama kucing lain. Keadaan ini sering menyakiti kucing sehingga menyebabkan kegatalan yang teruk dan mampu merosakkan kulit serta bulu mereka.
Apa yang lebih menarik untuk dikongsikan adalah, jangkitan Ringworm ini mampu berpindah kepada manusia juga. Ayuh kita mendengar penjelasan lebih mendalam dari pakar veterinar tentang jangkitan pada kulit yang digelar Ringworm ini.

S1 – Apakah yang dimaksudkan dengan Ringworm atau Dermatofitosis? Boleh Doktor terangkan lebih lanjut tentang gejala ini.
Ringworm adalah jangkitan fungal yang kerap berlaku pada kucing terutamanya bagi jenis bulu panjang (long hair) dan Persian.

S2 – Bagaimana kucing boleh terdedah dengan jangkitan Ringworm ini?
Lazimnya jangkitan berlaku sekiranya kucing tersebut dijangkiti Ringworm daripada kucing lain; sama ada melalui sentuhan pada kulit, sentuhan dengan perkakasan kucing yang mempunyai Ringworm seperti tuala, kain, sangkar dan pasir tandas.
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap mampu menjadi faktor tahap kesihatan kulit serta bulu kucing terdedah kepada jangkitan Ringworm. Terdapat beberapa faktor lain selain keadaan tersebut antaranya keadaan bulu kucing yang panjang dan tidak terus, kebersihan sangkar, tuala, karpet rumah yang tercemar dek Ringworm juga boleh menjadi salah satu punca Ringworm terjadi pada kucing.

S3 – Apakah tanda-tanda umum yang menunjukkan kucing itu mempunyai Ringworm? Boleh doktor rungkaikan lebih terperinci.
Pemilik kucing boleh perhatikan kulit dan bulu si bulus anda, adakah terdapat;
• bulu mereka botak dikawasan dijangkiti,
• lesi berbentuk bulat dan kemerah-merahan di sekeliling bulatan itu, ada yang kering atau lembab kerana sering dijilat oleh kucing akibat kegatalan yang teruk
• Bulu kucing mula menipis bagi keadaan jangkitan yang lebih teruk

S4 – Adakah jangkitan Ringworm ini boleh terjadi pada semua peringkat umur kucing? Dan adakah kucing luar rumah (outdoor) lebih cenderung dijangkiti berbanding kucing dalam rumah (indoor)?
Ya, Ringworm boleh dijangkiti untuk semua peringkat umur kucing. Lazimnya anak kucing lebih cenderung terkena ringworm kerana tahap imuniti badan yang masih lemah. Kucing outdoor lebih banyak menjangkiti Ringworm kerana keadaan persekitaran yang kotor, lembab dan mereka jarang dibelai dan mendapat dandanan sepenuhnya.

Ring4

S5 – Bagaimana pemilik kucing boleh mencegah kucing mereka dari gejala Ringworm? Boleh doktor kongsikan serba ringkas.
Lazimnya, kucing berbaka Persian dan long-hair yang memerlukan penjagaan bulu dan kulit yang lebih terperinci berbanding jenis kucing berbulu pendek (short-hair).
1. Mandikan dan trim bulu mereka sekurang-kurangnya 2-3 kali sebulan
2. Sikat bulu mereka setiap hari, untuk mengelakkan gumpalan ‘matted hair’ menjadi lebih teruk
3. Sering membelek dan prihatin kepada keadaan kulit dan bulu kucing anda, jika dilihat botak, menggerutu, flaky dan moisty bawalah segera ke veternar berhampiran untuk rawatan kulit.
4. Jika si comel tersebut baka Persian atau Long hair, lakukan lioncut grooming 3 bulan sekali untuk mengelakkan matted hair, jangkitan fungal, dan hairball impaction di dalam salur pemakanan mereka.

S6 – Jika gejala ini tidak dirawat, apakah kesan yang boleh berlaku pada kucing?
Masalah Ringworm ini akan merebak lebih besar dan banyak tempat. Keadaan kulit yang tidak sihat boleh menyebabkan kemurungan, mengganggu imuniti dan juga kegatalan pada kucing tersebut pada tahap maksimum. Mereka akan dilihat selalu menjilat bulu mereka sehinga mampu mengganggu selera makan serta pembesaran juga.

S7 – Soalan terakhir, mengikut pandangan dan pengetahuan Doktor, adakah manusia juga berisiko dijangkiti Ringworm dari kucing peliharaan mereka?
Ringworm adalah jangkitan zoonotic, di mana jangkitan boleh berlaku antara manusia dan haiwan. Kebiasannya pemilik kucing akan dapat jangkitan Ringworm daripada kucing mereka, melalui sentuhan kulit. Jadi, peliharalah kebersihan kucing anda dan pastikan kesihatan bulu serta kulit mereka dititikberatkan terutama bagi jenis kucing berbulu panjang dan Persian. Jika kucing anda bebas dari infeksi kulit seperti Ringworm, pastinya ada juga terpelihara dari jangkitan itu.

OLEH:
DOKTOR NATRAH ABD RAZAK – KLINIK HAIWAN I-VET PET CARE SEKSYEN 23, SHAH ALAM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *