LOADING

Type to search

Produk HM Suplimen HM

PENYELESAIAN PARASIT PALING KOMPREHENSIF UNTUK KUCING

Share

Kucing boleh dijangkiti kutu, pijat dan cacing sepanjang tahun. Parasit-parasit ini akan duduk pada badan kucing setiap kali mereka terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Risiko pendedahan kucing bergantung kepada gaya hidup, keadaan persekitaran sepanjang tahun dan kehadiran kucing lain. Doktor veterinar akan memeriksa keadaan kucing anda dan mencadangkan jadual rawatan yang sesuai dengan gaya hidup kucing anda serta menerangkan risiko akibat daripada pelbagai parasit.

broadline-top-spot-for-cats

Broadline, memberi rawatan melawan kutu, pijat dan cacing yang terbaik kepada kucing anda. BroadLine Spot-on ialah ubat yang berkesan untuk merawat pelbagai jenis parasit yang terdapat pada badan kucing anda. Penyelesaian topikal sangat berguna dalam pengawalan serangan endoparasit dan ektoparasit. Ia adalah satu-satunya penyelesaian yang terbaik untuk merawat kutu dan pijat yang tergolong dalam kategori ectoparasit dan cacing yang mudah membiak yang tergolong dalam kategori endoparasit.

Dengan adanya Broadline, pemilik kucing tidak perlu lagi menjalankan proses ‘Deworming’ sama seperti produk lain yang terdapat di pasaran. Yang menariknya ialah anda boleh menggunakannya dengan cepat dan mudah – letakkan cecair ubat pada bahagian belakang leher sama seperti Frontline combo spot on cat.

Anda tidak perlu lagi memaksa kucing anda memakan ubat yang berbentuk tablet atau memasukkan tablet ke dalam makanannya kerana pastinya kucing akan meludahkan tablet tersebut. Kunjungilah klinik veterinar yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Video: pawsitivevetclinic.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *