LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

PENYAKIT TOXOPLASMA BUKAN BERPUNCA DARI KUCING

Share

Banyak orang enggan memilih kucing sebagai haiwan peliharaan, dengan alasan mampu menimbulkan pelbagai penyakit. Salah satu penyakit yang sering disebut boleh disebarkan melalui kucing adalah Toxoplasmosis atau toksoplasma.

PENYAKIT TOXOPLASMA BUKAN BERPUNCA DARI SI COMEL

Persian Cat sniffing litter box

S1) Apakah definisi sebenar penyakit Toxoplasma pada kucing ini?

Toxoplasmosis adalah satu jangkitan parasit, yang berpunca dari Toxoplasma gondii yang memasuki badan manusia melalui pemakanan (ingestion). Parasit ini lazimnya dijumpai di tanah serta najis haiwan terutamanya kucing, daging mentah, dan juga air terkontaminasi.

Parasit ini kerap dijumpai hidup di dalam host (perumah) seperti kucing, yangmana kitaran hidup lengkap mereka boleh berlaku pada badan kucing itu sendiri dan dikeluarkan melalui najis berbanding haiwan lain. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita pastikan tangan disabun bersih selepas mengendalikan najis anak-anak bulus kita. Namun begitu, kucing yang terjangkit Toxoplama gondii jarang menunjukkan simptom klinikal melainkan immuniti badan mereka lemah.

S2) Berdasarkan pemahaman Doktor, adakah gejala Toxoplasma berpunca dari masalah kesihatan, jangkitan atau faktor persekitaran? Boleh doktor huraikan?

Seperti yang dinyatakan di atas, jangkitan Toxoplasmosis adalah melalui β€˜ingestion’. Jangkitan melalui mulut atau pemakanan. Sentuhan langsung dengan sumber yang dijangkiti seperti, najis kucing semasa pembersihan pasir mereka, sentuhan dengan tanah semasa berkebun, memakan daging yang tidak masak sepenuhnya atau meminum air terkontaminasi merupakan antara punca utama jangkitan tersebut. Apabila berlaku sentuhan langsung, dan tangan tidak dibersihkan sebaiknya, boleh jadi parasit tersebut terlekat di bawah kuku anda tanpa disedari. Anda mungkin tidak nampak pada mata kasar, dan terus menyediakan makanan, atau makan tanpa membersihkan tangan.

S3) Bagaimana pula cara penularan penyakit Toxoplasma ini?

Walaubagaimanapun, Toxoplasma bukanlah satu jangkitan yang berjangkit antara satu sama lain, melainkan jangkitan semasa dermaan darah atau organ transplant kerana penyakit ini adalah jangkitan terkawal dengan dengan faktor kebersihan. Jangkitan hanya berlaku melalui pemakanan (ingestion).

S4) Bagaimana penyakit ini boleh dirawat dan dicegah?

Toxoplasma pada manusia jarang menunjukkan tanda klinikal melainkan immuniti badan individu tersebut lemah. Sekiranya kita dijangkiti Toxoplasma gondii, antibodi terhadap jangkitan ini akan dikesan positif dalam darah.

Bagi orang sihat yang terdedah kepada jangkitan ini, mereka jarang menunjukkan tanda klinikal melainkan immuniti mereka lemah. Antara simptom umum yang dikenalpasti seperti demam, pening, sakit tekak dan otot-otot serta bengkak lymph node.
Namun bagi wanita mengandung, Toxoplasma boleh menjangkiti fetus menyebabkan jangkitan pada mata, otak, jantung dan peparu pada bayi. Lazimnya doktor tidak akan berikan rawatan jika tidak menunjukkan sebarang simptom, namun preskripsi antibiotik akan diberikan jika tanda klinikal dilihat membahayakan atau berisiko terutamanya kepada wanita mengandung.
Langkah pencegahan

1. Elakkan pembersihan najis kucing bagi wanita mengandung. Jika perlu pakailah sarung tangan.
2. Bersihkan tangan dan celahan dibawah kuku selepas menguruskan najis kucing anda atau berkebun sebelum menyentuh makanan.
3. Pastikan anda basuh semua sayuran dan buah-buahan serta makanan yang dimakan secara segar.
4. Pastikan daging dimasak sepenuhnya, dan peralatan memotong daging juga dibasuh bersih.

S5) Benarkah fakta mengatakan bahawa orang ramai tidak memelihara kucing disebabkan jangkitan Toxoplasma? Boleh doktor jelaskan lebih lanjut?

Pada saya tidak adil sama sekali untuk mengatakan pelihara kucing semata boleh dijangkiti Toxoplasma, kerana jangkitan ini bukanlah hanya dijangkiti bagi pemilik kucing sahaja, banyak punca lain lagi boleh menjadi penyebab kepada sesuatu jangkitan meskipun tiada kucing di rumah. Risiko jangkitan boleh berada di mana-mana, cuma kita perlulah peka tentang kebersihan diri dan makanan kita. Masih ramai lagi pemilik kucing yang boleh mengandung dan sihat di luar sana.

Persian Cat sniffing litter box

DR. PANEL :

Dr. NATRAH ABD RAZAK
KLINIK HAIWAN I-VET PET CARE SEKSYEN 23, SHAH ALAM

WEBSITE: WWW.IVETPETCARE.COM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *