LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

PEMILIK KUCING PERLU TAHU TANDA-TANDA KEDATANGAN VIRUS INI

Share

Agak sukar untuk mengenal pasti serangan FELINE Infectious Peritonitis (FIP) atau jangkitan peritonitis kucing meskipun mempunyai alat ujian makmal yang dihasilkan untuk memeriksa serangan ini, namun peratusan ketepatan agak meragukan.

KENALI VIRUS PEMBUNUH FELINE INFECTIOUS PERITONITIS (FIP)

milo-belly-distended

Walaupun ujian dilakukan dan hasilnya negatif, belum pasti kucing berkenaan bebas dari virus yang terkenal ini. Sekiranya keputusan positif pula, tidak bermakna haiwan peliharaan anda dijangkiti FIP.

Bagi menjawab segala keraguan dan tanya tanya mengenai virus pembunuh yang terkenal dalam kalangan veterinar serta golongan rescuer, kali ini membongkar mengenai FIP bersama Doktor Natrah.

S1) Apakah Feline Infectious Peritonitis?

FIP adalah satu penyakit virus daripada Virus Corona yang bermutasi dalam badan kucing. Lazimnya Virus Corona ni hanyalah virus biasa yang menyebabkan cirit ringan dan tidaklah mengakibatkan jangkitan yang fatal. Tetapi, 5% kucing yang dijangkiti Virus Corona ini boleh dijangkiti FIP apabila virus tersebut bermutasi di dalam badan atau sistem imuniti individu kucing tersebut bertindak balas secara abnormal pada virus ini.

S2) Mengikut kefahaman doktor, adakah virus FIP berpunca dari masalah kesihatan, jangkitan atau faktor persekitaran? Boleh doktor huraikan.

FIP bukanlah penyakit yang senang berjangkit seperti Parvo Virus. Namun, jangkitan boleh berpunca daripada ketahanan badan yang lemah, genetik kucing tertentu terutamanya jangkitan ibu kepada kittens yang baru dilahirkan, dan paling kerap berlaku adalah disebabkan persekitaran yang banyak kucing-kucing liar. Semua kucing yang pernah dijangkiti Virus Corona berisiko untuk mendapat FIP

S3) Apakah tanda-tanda awal kucing itu dijangkiti FIP dan bagaimana virus tersebut didiagnosis?

Simptom yang kerap dilihat diperingkat awal seperti masalah pernafasan, mata berair, cirit, dan juga lemah serta kerap sakit kerana imuniti badan yang menurun.
FIP mempunyai dua jenis gejala iaitu Dry FIP yang melibatkan masalah saraf dan sering dilihat pada anak kucing dibawah 6 bulan. Wet FIP pula akan menyebabkan busung air pada abdomen dan juga thorax. Penyakit FIP ini berlaku apabila virus bermutasi menyebabkan sistem imuniti badan memakan sel dan organ badan sendiri.

Seterusnya menyebabkan radang tanpa kawalan pada otak, saraf dan otot lalu mengakibatkan masalah saraf serta otot. Manakala radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan β€˜leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang mengganggu sistem pernafasan.

S4) Bagaimana virus FIP dirawat?

FIP boleh dikatakan membawa maut dan tiada penawar. Apa yang doktor veterinar boleh lakukan adalah memastikan keselesaan fizikal dan pernafasan pada kucing tersebut dan juga melengahkan tempoh penularan virus di dalam badan. Lazimnya rawatan simptomatik akan diberikan untuk melegakan simptom tersebut buat sementara.

Jarang ada kucing yang terselamat selepas dijangkiti FIP dan jika masih hidup sekalipun, kucing tersebut akan menjadi pembawa virus (carrier) aktif dan berpotensi menjangkiti kucing-kucing lain sama ada di dalam rumah mahupun luar.

S5) Adakah FIP mudah merebak ke kucing lain dan bagaimana untuk mencegahnya? Boleh doktor kongsikan kepada pembaca.

FIP bukanlah penyakit yang mudah berjangkit sebenarnya, Cuma ia lebih mudah tersebar melalui kucing yang mempunyai ketahanan badan lemah dan sering β€˜menyerang’ pada persekitaran kucing yang banyak. Ini disebabkan risiko jangkitan Virus corona sangat tinggi dan mudah merebak untuk populasi kucing yang banyak. Selalunya virus banyak dikeluarkan pada air liur (saliva) dan najis (cirit) bagi kucing yang sedang dijangkiti.

Untuk pencegahan, asingkan kucing yang sakit dan pastikan tangan dan pakaian anda dibersihkan setiap masa sebelum pegang kucing lain.

358-1.0.1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *