LOADING

Type to search

Cerita HM

PASANGAN PENGEMBARA INI MENJUMPAI SESUATU, DAN KINI IA BERSAMA MEREKA

Share

Kitty, seekor anak kucing kelabu yang comel telah menjadi popular selepas pemiliknya memaparkan gambar kitty dalam pengembaraan mereka.

Pada tahun 2008, Wiliam dan Laetitia, pasangan muda dari Perancis telah memulakan pengembaraan mereka menjelajah Amerika dengan cara berjalan kaki. Semasa pengembaraan mereka berusia 2 bulan, mereka terjumpa di anak kucing yang comel, dan mengambilnya bersama-sama untuk mengembara.

Pada asalnya mereka ingin mencarikan tempat tinggal untuk Kitty semasa mereka mengembara, tetapi disebabkan rasa sayang mereka memutuskan untuk menjaga Kitty. Mereka telah membawa Kitty berjumpa veterinar bagi mendapatkan vaksin dan rawatan fizikal.

Kitty, kebiasaannya menghabiskan masa tidur di dalam backpack atau di atas bahu William. Kitty juga mempunyai payungnya sendiri bagi kekal kering dari hujan dan mengelak dari panas semasa mengembara. Kita biasa dengar dan lihat cerita mengenai kucing yang tinggal di dalam rumah, tetapi pengembaraan Kitty telah sampai ke lebih separuh kawasan dunia.

KITTY, GEMARKAN PENGEMBARAAN

kitty5

KITTY DAN OSCAR

William dan Laettia juga mempunyai seekor anjing baka Globetrotting dan mereka merasakan Kitty dan Oscar mungkin suatu hari akan duduk bersama dan berkongsi cerita mengenai pengembaraan mereka ini nanti. Mereka telah melihat dunia lebih lagi berbanding orang lain.

Pada masa ini, Kitty berada di sekitar Colombia, sedang merancang destinasi yang akan dijelajahi selepas ini. Informasi pengembaraan Kitty boleh dilihat di laman sesawang rasmi mereka, TURN OF THE WORLD.

20 BATU SEHARI

Dengan bajet 2,000 US Dolar setahun, Kitty dan tuannya dalam misi mengembari dari Miami, Amerika ke Ushuaia, Argentina dengan jangka masa pengembaraan selama 2 ke 3 tahun. Mereka hanya dapat tinggal di Amerika selama 85 hari sahaja, jadi mereka perlu berjalan sejauh 20 batu sehari bagi melengkapkan misi di Amerika.

Mereka telah memulakan pengembaraan dari Florida, kemudian bergerak ke barat Alabama, Missisippi, Louisiana dan ke Texas.

Laman web rasmi mereka TURN OF THE WORLD menceritakan apa perancangan perjalanan ke destinasi baru dan segala maklumat serta gambar lokasi yang pernah mereka kunjungi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *