LOADING

Type to search

Fakta HM

MESTI BANYAK NAK AMBIL GAMBAR MASA RAYA NI KAN…SI BULUS ANDA JANGAN LUPA PULA

Share

Kucing adalah subjek yang sukar untuk kita rakamkan di lensa kamera. Ini disebabkan kucing sangat aktif dan tidak tahu untuk duduk diam – ada sahaja perkara yang ingin si bulus lakukan. Melompat, berlari dan menyorok ketika lensa kamera berada di depan mereka. Jadi macam mana cara untuk dapatkan gambar terbaikdari si bulus? Jom ikut lima teknik asas ini.

5 CARA ASAS AMBIL GAMBAR KUCING

Buat Perancangan Terlebih Dulu

Ketika anda berniat untuk membuat photoshoot bersama si bulus, pertama sekali anda perlu ada perancangan bagaimana sudut penggambaran bagaimana yang anda inginkan, sama ada horizontal ke, potret ke, statik ke atau lain-lain. Jika ingin menggunakan props, pastikan si bulus sudah biasa dengan barang itu. Ini penting ya untuk memastikan ‘mood’ si bulus tidak berubah.

Jangan Gunakan Flash

Semasa sesi penggambaran, menggunakan kamera yang mempunyai flash pastinya akan membuatkan si bulus terkejut dan terus menyembunyikan diri. Sesetengah kucing tidak berapa suka pada pencahayaan yang terang, nak-nak lagi kesan cahaya tersebut datang secara mengejut. Jadi, untuk memudahkan kerja anda dan untuk pastikan keadaan si bulus terkawal, pastikan anda tidak menggunakan flash ketika sesi bersama mereka ini berlaku. Naikkan sedikit setting ISO kamera anda, bersesuaian dengan cahaya natural di lokasi penggambaran untuk elakkan dari menggunakan flash ya…

Angle Lebih Rendah Dari Kucing

Anda mesti teringin nak gambar si bulus yang sedang merancang sesuatu agenda atau sedang berfikir sesuatu kan? Pasti muka-muka comel dalam merancang agenda boleh menjadikan gambar anda lebih menarik. Untuk mendapatkan gambar seperti ini, anda hanya perlu merendahkan angle gambar, lebih rendah sedikit dari kucing. Jika anda dapat tekstur gambar seperti ini pasti anda dapat lihat sendiri pelbagai emosi yang ada bila gambarnya sudah siap di cuci. Tapi, pastikan lighting tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Yang lain hanya gunakan kreativiti anda sahaja.

trivia2

Fokuskan Pada Mata

Ketika kita melihat gambar seseorang, selalunya kita akan fokuskan pada matanya kerana cantik. Begitu juga dengan kucing. Jadi fokus lebih pada bahagian mata si bulus ketika mengambil gambar. Ini kerana, tekstur mata kucing mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan gambar yang diambil akan menjadi lebih menarik dan pastinya akan kelihatanmenggoda… Meoww…
Angle Lebih Rendah Dari Kucing

Angle Lebih Rendah Dari Kucing

Anda mesti teringin nak gambar si bulus yang sedang merancang sesuatu agenda atau sedang berfikir sesuatu kan? Pasti muka-muka comel dalam merancang agenda boleh menjadikan gambar anda lebih menarik. Untuk mendapatkan gambar seperti ini, anda hanya perlu merendahkan angle gambar, lebih rendah sedikit dari kucing. Jika anda dapat tekstur gambar seperti ini pasti anda dapat lihat sendiri pelbagai emosi yang ada bila gambarnya sudah siap di cuci. Tapi, pastikan lighting tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Yang lain hanya gunakan kreativiti anda sahaja.

trivia1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *