LOADING

Type to search

Cerita HM

MEKANIK DIDENDA RM 6,500 MENGHEMPAS KUCING PADA PINTU PEJABAT

Share

Seorang mekanik didenda RM6,550 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas tiga tuduhan termasuk menganiaya seekor kucing dengan menghempas dan menghayun haiwan itu ke pintu pejabat Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Desa Mentari, Taman Medan, November 2017.

Mekanik tersebut yang pada awalnya dipercayai membuat kekecohan di sebuah pejabat JMB bertindak melakukan perbuatan khianat dengan menghempas dan menghayun seekor kucing pada pintu pejabat JMB dan bagi kesalahan itu, dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika itu, lelaki berkenaan menghentak-hentak pintu pejabat terbabit dan dalam masa sama menangkap seekor kucing dan bertindak menghayun serta menghempas haiwan itu ke pintu pejabat sebelum perkara berkenaan diadukan kepada pihak polis.

Perbuatan yang sangat tidak berperikemanusiaan ini wajar diberi pembalasan setimpalnya supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menganiaya binatang jalanan.

Sumber: HMetro.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *