Type to search

Buletin HM Pilihan Editor

Magic, Kucing yang Mengembara Jadi Bintang Popular Media Sosial

Share

Magic, si kucing yang mengembara? Ternyata magic!

Magic merupakan sejenis kucing Tabby yang berusia setahun. Seekor kucing yang gemar dan berani mengembara bersama tuannya iaitu Eric dan Erica. Magic juga terkenal dengan personalitinya yang aktif menjelajah dunia luar.

Kini, Magic telah menjadi bintang popular media sosial kerana hobinya yang kuat mengembara.


Media sosialnya iaitu https://www.instagram.com/furrymagic/ telah menarik perhatian ramai orang dan si bulus ini telah menjadi bintang di alam maya kerana giat berkongsi gambar dan video mengenai kehidupan pengembaraan trionya itu.

Trio ini telah mendaki ke Gunung Baker dan berkemping di Moran State Park. Sesi pengembaraan mereka ini telah dirakamkan dan didokumentasikan melalui media sosial.

Menurut Erik, Magic mempunyai sifat yang ingin tahu. Kucing mereka ini juga suka mengembara bersama mereka. Oleh itu, Eric dan Erica sering membawa Magic berjalan-jalan ke taman dan Magic sentiasa gembira setiap kali mereka bawanya ke taman.

Magic suka menjelajah dunia bersama tuannya. Kadang-kadang semasa mendaki, Magic akan naik dan duduk di bahu Eric dan Erica.



Jika keluar dengan kucing, aura kucing berbeza dengan anjing. Kucing mempunyai pemikiran dan pendapat yang berlainan daripada anjing.

Eric menjelaskan yang sama ada kita ikut sahaja dengan gembira ke mana Magic ingin pergi atau pun kita ikut kerana terpaksa dan tidak gembira. Semestinya kita pilih kegembiraan bukan?

Sumber: King5

Ditulis oleh : AinaAmirah Roslim

Tags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Up