LOADING

Type to search

Cerita HM

LELAKI INI BERHENTI KERJA DAN MENGEMBARA BERSAMA KUCINGNYA

Share

Setelah lama berkecimpung dalam dunia korporat, seorang lelaki warga Australia mengambil keputusan untuk keluar dari kepompong dan melihat dunia sebenar. Keputusan untuk membebaskan dirinya dari ruang pejabat dan menerokai dunia luar bukanlah perkara biasa. Ramai Pasangan dan juga keluarga telah membuktikan bahawa kehidupan secara nomad adalah tidak mustahil.

Bagaimanapun, perjalanan hidup baru Van Richard East melibatkan kawan baiknya. Dia membawa bersama kawan baiknya seekor kucing bernama Willow.

Willow adalah kucing hitam yang diselamatkannya, sejak dari hari itu mereka tidak pernah berenggang. Akhir-akhir ini, East dan kucingnya telah menjelajah Australia.

traveling-van-cat-meow-rich-east-fb8

Kucing Mengembara

Pasangan ini telah mendokumentasikan destinasi mereka di Instagram dan berkongsi cerita dari laluan mereka lalui di laman web Willow. Akaun Instagram mereka, @vancatmeow, kini mempunyai lebih daripada 80,000 pengikut dan setiap gambar dan video beliau mengumpulkan ribuan ‘like’.

East berkongsi kapsyen anekdot dari pengembaraan mereka di jalan raya. Dia juga mengambil imej perspektif Willow di sepanjang jalan.

East & Willow berehat di dalam van mereka

Bersama-sama, mereka telah melewati ribuan kilometer di seluruh Australia dalam van yang diubahsuai untuk tinggal didalamnya. Selepas East berhenti kerja, dia membina van itu sendiri. Dan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Willow telah membuat van @ rumah mereka.

7409524-16x9-700x394

Buat Buku

East dan Willow telah menarik banyak peminat dan dia telah menerbitkan sebuah buku tentang pengembaraan mereka.

“Buku ini mengenai perkara yang dapat memberi kebahagiaan dalam kehidupan berbeza dari realiti,” tulisnya. “Ia mengenai kesedaran bahawa anda perlu membuat perubahan. Ia peribadi, ia serendipitous, dan saya harap anda merasa sedih bila membacanya. dan banyak gambar kucing comel didalamnya! “

Dia juga menghasilkan Kalendar 2019 yang memaparkan foto kucing comel. Kalender telah siap dan boleh didapati sekarang. Malah, jika anda menggunakan kod kupon MND, 100 peratus keuntungan dari pembelian anda akan disumbangkan kepada badan penyelidikan Motor Neurone Disease (ALS).

Untuk pasangan dinamik ini, perjalanan ini mengubah hidup mereka menjadi perspektif baru sama sekali.

Sumber Imej : @vacantmeow

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *