LOADING

Type to search

Cerita HM

KUCING TERSANGKUT DI POKOK BERKETINGGIAN 22 METER BERJAYA DISELAMATKAN

Share

Petugas Bomba dan Menyelamat Bandung, Indonesia pada hari semalam berjaya menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut di atas sebatang pokok yang berketinggian 22 meter selama dua hari.

Ketua pegawai PB Ferdy Ligaswara mengatakan, pihaknya mendapat laporan kucing tersangkut di pokok tersebut pada hari rabu (21/11/2018) pada pukul 3 petang dan segera mengambil tindakan.

Sebuah kumpulan penyelamat haiwan juga turut bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat daripada pihak bomba untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Sesampainya dilokasi, pasukan penyelamat haiwan tersebut melakukan penelitian dan terus melakukan pemanjatan pokok dengan menggunakan tangga dan tali.

Situasi agak mencabar apabila kucing tersebut menjadi panik dan memanjat ke dahan yang lebih tinggi. Setelah lebih 10 minit, akhirnya penyelamat tersebut berjaya menyelamatkan kucing tersebut.

Sumber: Kompas.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *