LOADING

Type to search

Cerita HM

KUCING TANGLED HAIRY MEMBAWA BEBAN SEBERAT 2 KG DULU, POPULAR DI INTERNET!

Share

Seekor kucing yang terbiar diabaikan sehingga bulunya menjadi lebat, panjang, berpintal-pintal dan begitu kotor. Akhirnya kucing tersebut berjaya diselamatkan daripada nasib malangnya itu. Malah lebih menyedihkan, bulu kucing itu tumbuh seberat lebih kurang 2 kilogram atau dua kali ganda saiz kucing tersebut, hingga kucing itu sukar untuk bergerak.

Kucing Tangled Hairy Membawa Beban Seberat 2 Kg Dulu, Kini Popular di Internet!

sinbad2

Misi Menyelamat Sinbad

Kucing bernama Sinbad asalnya berwarna putih. Dijumpai dalam keadaan bulunya yang coklat kekuningan dan menjijikkan pada bulan Disember lepas. Sinbad dijumpai di aras bawah tanah sebuah rumah lelaki tua di Chicago. Persatuan kebajikan haiwan iaitu Anti-Cruelty Society di Amerika Syarikat mengupload gambar-gambar Sinbad menerusi laman Facebooknya.

Dia update di Facebook tentang penemuan seekor kucing yang malang sudah sekian lama tidak pernah diambil berat oleh pemiliknya itu sendiri. β€œBulunya agak berpintal-pintal, tidak dibasuh, serta diselaputi habuk dan sampah sarap. Kawasan bawah tanah rumah yang didiaminya pula sejuk dan kotor,” kata salah seorang penyelamat dari persatuan Anti-Cruelty.

Semasa Merawat

Pemilik kucing tersebut adalah seorang lelaki tua yang mengalami masalah mental dan tidak lagi dapat menjaga kucing tersebut. Lelaki tua itu bersetuju untuk menyerahkan kucingnya kepada pusat kebajikan Anti-Cruelty Society. Sinbad akhirnya nampak lebih sihat dengan bulunya yang putih dan bebas bergerak, setelah dua kali bulunya dipotong dan dimandikan. Mereka mengambil masa selama berjam-jam untuk mencukur bulunya yang lebih berat daripada badan Sinbad. Sekarang, Sinbad lebih bahagia dan ceria setelah mendapat rawatan yang sepatutnya.

Kini Menjadi Kucing Popular di Internet

Beberapa hari setelah diselamatkan, kucing berbaka Parsi tersebut dilihat sudah aktif bermain dengan mainan kucing dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Facebook. Lebih menggembirakan, Sinbad kini mempunyai pemilik baru iaitu Elliot. Elliot juga telah membuat satu akaun laman sosial Instagram khas untuk Sinbad. Akaun tersebut yang memberikan perkembangan terkini tentang proses pemulihan Sinbad.Dan tidak sangka, setakat ini Sinbad sudah pun mempunyai lebih 4,000 pengikut di Instagram.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *