Type to search

Buletin HM

KUCING TANAH RUNTUH DIMATIKAN

Share

Kucing yang telah diselamatkan dari kawasan tanah runtuh di Bukit Kukus, Pulau Pinang telah dimatikan pada hari Isnin kerana dilaporkan ia tidak mampu untuk menjamah makanan akibat kecederaan dalaman, kata Khoo Boo Leong, pesuruhjaya Persatuan Kebajikan Tzu Chi Buddha Malaysia.

Tambah beliau, doktor haiwan di Klinik Veterinar Peng Aun menyampaikan berita sedih ini kepadanya.

Khoo, yang dimaklumkan oleh pasukan penyelamat untuk membawa kucing berkenaan mendapatkan dimana beliau bersetuju untuk menampung kos rawatan dan pembedahannya untuk membuang kedua-dua kaki si bulus yang patah.

“Saya berharap selepas pembedahan dilakukan, kami dapat menempatkan kucing malang berkenaan ke pusat perlindungan haiwan, tetapi selepas diberitahu bahawa kucing tersebut tidak dapat makan, kami fikir ia adalah yang terbaik untuk melakukan tindakan ini,” katanya kepada pemberita Di tempat kejadian tanah runtuh.

Penyelamat menemui kucing berkenaan yang diliputi lumpur, dua belah kakinya retak dan hampir tidak bernyawa di bawah runtuhan tanah runtuh yang berlaku pada 20 Oktober lalu.

Gambar : BERNAMA

Next Up