LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

KUCING PERLUKAN NUTRISI BERBEZA BERDASARKAN PERINGKAT UMUR MEREKA

Share

Seperti manusia, kucing dan haiwan lain makan untuk memenuhi keperluan nutrisi dan juga tenaga. Keperluan nutrisi merangkumi kandungan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang seimbang.

Manakala jumlah tenaga yang diperlukan seharian (dalam kCal) iaitu β€˜daily energy requirements’ bergantung kepada umur, aktiviti, sudah atau belum dimandulkan dan sebagainya.

β€˜Daily energy requirements’ merangkumi tenaga untuk keperluan asas dimana ia digunakan supaya jantung, paru-paru, buah pinggang dapat berfungsi secara normal; tenaga untuk mengawal suhu badan serta tenaga untuk si bulus bergerak aktif.

KEPERLUAN NUTRISI MENGIKUT PERINGKAT UMUR SI BULUS

nutrisi3

TENAGA

Keperluan tenaga dan nutrisi adalah berbeza mengikut umur dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, anak kucing (0-1 tahun), kucing dewasa (1-10 tahun) dan juga kucing senior atau geriatrik (10 tahun ke atas).
Jumlah tenaga yang diperlukan oleh anak kucing adalah lebih tinggi daripada dewasa kerana mereka sangat aktif untuk mempelajari benda baru dan banyak berinteraksi bersama kucing lain. Mereka juga memerlukan protein lebih tinggi untuk pembesaran tubuh badan, iaitu sekurang-kurangnya 30%, berbeza dengan kucing dewasa dengan nilai minima hanya 26% sahaja.
Kucing dewasa pula memerlukan jumlah tenaga yang berbeza mengikut aktiviti fizikal mereka, dimana yang sangat aktif memerlukan lebih tenaga dari yang gemar berehat, serta berbeza diantara kucing yang sudah atau belum dikembirikan (dimandulkan).

KUCING MANDUL

Terdapat perubahan hormon berlaku apabila kucing dimandulkan lalu menyebabkan metabolisma tubuh lebih rendah berbanding kucing normal. Diiringi jumlah makanan yang sama, kucing dimandulkan akan mempunyai lebihan tenaga yang bertukar menjadi lemak sehingga menyebabkan masalah kegemukkan jika tidak diawasi.
Kucing senior atau geriatrik mudah untuk kehilangan berat badan. Hal ini disebabkan kurangnya deria bau dan rasa, masalah gigi, sistem pencernaan yang kurang efisyen, dan masalah kesihatan yang menyebabkan kadar metabolism menjadi lebih tinggi.
Oleh itu, kebanyakkan makanan untuk kucing senior menawarkan protein yang mudah dicerna dengan kandungan lemak yang rendah yang bersesuaian mengikut peringkat umur mereka.
Namun begitu, terdapat juga masalah obesiti dalam kalangan mereka. Justeru, keperluan nutrisi serta tenaga mereka haruslah bergantung kepada keadaan kesihatan dan sebarang pertukaran makanan secara drastik perlulah mendapatkan nasihat veterinar.

NUTRISI MAKANAN

Menentukan makanan untuk kucing anda bukan sahaja merangkumi komponen nutrisi semata-mata malah jumlah tenaga yang ditawarkan perlu dititikberatkan oleh pemilik kucing. Kekurangan kandungan nutrisi boleh menyebabkan kehilangan berat badan sehingga boleh membawa kepada obesiti, yakni harus dicegah dari awal.
Sebelum mengira keperluan tenaga harian kucing anda, pemilik kucing haruslah memilih jenis makanan yang terbaik daripada pelbagai jenama makanan kucing yang terdapat dipasaran sekarang. Pastikan makanan yang dipilih bersesuaian dengan umur dan keperluan mereka, dengan tawaran protein yang tinggi kerana kucing adalah haiwan karnivor tegar semulajadi.

KESAN GARAM & PEWARNA

Selain itu, elakkan penggunaan makanan kucing yang mempunyai garam yang boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang. Jangan anda terkejut sekiranya pewarna tiruan yang digunakan sesetengah produk makanan kucing boleh menyebabkan kanser!
Sebagai info, makanan kucing yang berwarna hanya kelihatan menarik pada manusia dan mungkin tidak mempunyai kesan daripada sisi pandangan kucing!
Setelah memilih makanan yang bernutrisi, barulah ditentukan jumlah sebenar yang diperlukan kucing anda setiap hari melalui pengiraan kalori untuk memastikan keperluan tenaga mereka dapat dipenuhi.
Elakkan pemberian makanan secara bebas untuk mencegah masalah kegemukkan pada kucing. Amalkan pemberian sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lebih penting, pastikan air bersih dibekalkan setiap masa dan ditukar sekali sehari.
Pemilihan nutrisi dan jumlah yang tepat mengikut keperluan kucing anda mampu memastikan mereka membesar dengan lebih sihat. Tidak terlambat untuk anda menukar jenis makanan dan pola pemakanan si bulus kesayangan kerana semestinya mencegah adalah lebih bari dari merawat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *