LOADING

Type to search

Buletin HM

KUCING MAUT DALAM KEBAKARAN HUTAN TERBESAR CALIFORNIA

Share

Sebuah kebakaran yang dikenali sebagai “Camp Fire” telah menyerang bahagian California Utara, dan kebakaran “Woolsey Fire” pula menyerang bahagian berhampiran Malibu di bahagian selatan. Situasi ini amat mengejutkan penduduk negara itu kerana ianya merebak dengan begitu pantas dan telah memaksa penduduk untuk melarikan diri daripada rumah mereka dan meninggalkan barang dan haiwan kesayangan mereka.

Seekor kucing malang yang dikenali sebagai “Billiegirl” di media sosial selepas dia ditemui pada hari Ahad, telah dikongsi di seluruh dunia sebagai satu keajaiban, namun sayangnya haiwan itu tidak dapat bertahan lama dengan kecederaannya yang teruk.

Sebuah organisasi pencinta haiwan yang dikenali sebagai California Wildfire Pets kini berusaha menyatukan kembali haiwan- haiwan peliharaan yang hilang dalam kebakaran dengan pemiliknya semula di Facebook. Dalam itu juga mereka turut menyatakan bahawa mereka bimbang tentang keadaan ribuan haiwan lain mungkin tidak dapat selamat dari kebakaran tersebut.

Kucing “Billiegirl” itu merupakan salah satu daripada beribu-ribu haiwan yang terkesan daripada kebakaran hutan yang terbesar di California seperti arnab, rusa dan anjing. Organisasi tersebut turut menyatakan bahawa mereka bimbang tentang keadaan ribuan haiwan lain mungkin tidak dapat selamat dari kebakaran tersebut.

Sumber: Dailymail.uk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *