LOADING

Type to search

Cerita HM

KUCING INI MUNGKIN LEBIH KAYA DARI BEBERAPA SELEBRITI DIDUNIA

Share

Mungkin kita sudah biasa jika mendengar berita tentang individu terkaya di dunia seperti Bill Gates, Donald Trump dan ramai lagi, namun bagaimana pula dengan kucing yang mewarisi harta melebihi RM49 juta?

Seekor kucing hitam dan terbiar di Italia mungkin menjadi antara kucing paling kaya di dunia setelah mewarisi kekayaan berjumlah AS$13 juta daripada mendiang pemiliknya. Tomasso merupakan seekor kucing jalanan yang diselamatkan di kota Roma oleh Maria Assunta, seorang taikun hartanah Itali yang berstatus janda.

TOMASSO, WARISI HARTA RM49 JUTA

tomaso3

Maria Assunta meninggalkan kekayaan tersebut kepada kucing kesayangannya, Tomasso yang berusia empat tahun selepas dia meninggal dunia pada usia 94 tahun. Beliau juga telah kehilangan suami tercinta ketika usia pernikahan mereka masih muda, dan malangnya, pasangan ini tidak dikurniakan zuriat.

Pada awalnya, Assunta telah mengarahkan peguamnya untuk mengenal pasti pertubuhan kebajikan haiwan untuk mewariskan segala asetnya, sekali gus menjaga kucing peliharaannya. Setelah gagal menemui pertubuhan yang sesuai, pemilik Tomasso ini membuat keputusan meninggalkan semua hartanya kepada Tomasso. Khabar baik ini telah dimaklumkan oleh jururawat yang merawatnya sehingga dia meninggal dunia.

Menurut peguamnya, Assunta sering mengalami kesunyian sepanjang hayatnya selepas kehilangan suami dan tidak mempunyai anak lalu dia bertekad untuk menjaga Tomasso seperti menatang minyak penuh.

Kekayaan yang diwarisi Tomasso termasuk wang tunai dan harta termasuk sejumlah apartmen dan perumahan di Roma. Milan dan Calabria kepada Tomasso. Ini menjadikan Tomasso antara haiwan peliharaan terkaya dunia di belakang anjing Sheppard, Gunther IV yang memilik harta berjumlah AS$372 juta (RM1.016 bilion).

tomaso1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *