Type to search

Cerita HM

KUCING HILANG DILAPORKAN DIPOS SEJAUH 1,100 KM?

Share

Seekor kucing telah ‘melancong’ sejauh 1,126 kilometer (km) merentasi Kanada apabila ia secara tidak sengaja melompat ke dalam sebuah kotak lama yang kemudiannya dipos.

Nama kucing yang bernama Baloo itu berasal dari sebuah daerah di Kanada yang bernama Nova Scotia itu akhirnya ditemukan di Montreal.

Pemiliknya, Jacqueline Lake memberitahu dia bersama ahli keluarganya puas mencari Baloo namun hampa.

Kehilangan Baloo mula disedari pemandu sebuah syarikat penghantaran barang apabila kakitangan itu berasa hairan kerana menjumpai kesan air kencing di dalam traknya.

Baloo dikatakan terperangkap di dalam kotak tersebut pada 6 Disember lalu selama 17 jam perjalanan dan difahamkan pemandu berkenaan menghubungi pusat perlindungan haiwan untuk memaklumkan penemuan itu.

Setelah kucing itu dikenal pasti, proses penghantaran pulang dilakukan menggunakan khidmat penghantaran barang Purolator.

Sumber: Astro Awani