LOADING

Type to search

Buletin HM

HILANG 10 TAHUN, NAMUN HARAPAN TUANNYA TIDAK PERNAH PUDAR

Share

Selepas haiwan kesayangan Mark Salisbury hilang 10 tahun yang lalu, beliau masih tidak dapat menerima hakikat bahawa kucingnya yang hilang, hilang dalam keadaan yang baik.

Kepercayaannya membuahkan hasil apabila selepas 10 tahun, kucingnya, Harry telah muncul dalam keadaan yang sihat dan gembira.

“Pada hari kehilangannya, dia tidak muncul ketika saya memanggil Harry dan pasangannya,” kata Encik Salisbury. “Dan sejak itu, tingkah laku pasangan Harry yang dahulunya sangat periang, kini berubah dengan ketara menjadi sangat pemalu, tidak berminat untuk keluar dan menjadi sangat cerewet.”

Kucing itu telah hilang kerana terperangkap dalam sistem pengudaraan sebuah kereta dan telah dibawa sejauh 127 km daripada rumahnya. Ia telah ditemui oleh seorang lelaki tua yang baik dan dibela sejak hari itu.

Selepas kematian lelaki tua tersebut, Harry dihantar ke sebuah badan kebajikan haiwan dan kakitangan disana mendapati bahawa terdapat sebuah mikrocip pada kucing ini.

Apabila kakitangan mengimbas mikrocip itu, mereka mengesannya kembali kepada Encik Salisbury yang kini tinggal 290 km jauhnya di kawasan bernama Gloucestershire. Kini, Encik Salisbury sangat bersyukur kerana tidak pernah berputus asa sepanjang 10 tahun mengemas kini maklumat pada mikrocip tersebut.

Sumber: Independent.uk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *