LOADING

Type to search

Buletin HM

KUCING COMEL INI HAMPIR PUPUS DI DUNIA

Share

Tergempar! Kucing Gunung Tiongkok yang hampir pupus pertama kali dapat dirakam lensa kamera.

Kucing Gunung Tiongkok atau dengan nama saintifiknya, ‘Felis Bieti’, dikenali sebagai kucing padang pasir China atau kucing padang rumput China.

Ia telah berada dalam senarai merah oleh IUCN iaitu diklasifikasikan sebagai haiwan terancam pada tahun 2002 dan jumlah keseluruhan yang ada pada hari ini semakin menyusut dan membimbangkan.

Baka ini kini hidup di kawasan gurun yang sejuk, mempunyai bulu yang tebal dan ia bersesuaian dengan keadaan geologi habitatnya.

Didalam rakaman yang dikongsikan ini, si ibu kelihatan melakukan aktiviti seharian bersama dua ekor anak si bulus yang comel dan menjadikan haiwan- haiwan kecil seperti burung, tikus dan ikan sebagai sumber makanan baka ini.

Kucing ini sukar ditemui kerana jumlahnya yang sedikit dan ini merupakan pertama kali kucing Gunung Tiongkok dirakam oleh kamera dengan dilengkapi sensor infra-merah.

Sumber Video: METROTV

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *