LOADING

Type to search

Cerita HM

KUCING ‘BERBAHAS’ DI DEWAN PARLIMEN KENYA

Share

Seekor haiwan yang berbulu mencuit hati para ahli parlimen yang hadir apabila ia kelihatan berkeliaran sekitar deman parlimen.

“Tuan Pengerusi Yang Mulia, saya bimbang ada seorang asing di sini. Kami hanya mendengar bunyi kucing dan kami tidak dapat melihatnya, itu lebih membimbangkan daripada yang kita lihat kerana ia boleh menjadi roh hantu, “katanya.

Kamera itu diperbesarkan kearah kucing tersebut apabila ia kelihatan sedang bergerak ke arah sebelah dewan dan seolah- olah ingin mencuri perhatian seluruh dewan. Seorang ahli parlimen memberitahu bahawa ianya sangat membimbangkan kerana ini adalah kucing hitam dan ianya bermaksud tidak baik. Ianya perlu segera dialihkan dari sini sekarang untuk mengelakkan kecelakaan berlaku.

Mengulas mengenai perkara itu, Speaker dewan mengisytiharkan bahawa kucing itu harus dihormati dan bukannya dijauhi kerana ia mempunyai beberapa kepentingan budaya kepada masyarakat di negara ini.

“Tuan dan puan sekalian, ini adalah rumah penduduk Kenya, hidupan liar dan kucing juga termasuk mewakili rakyat Kenya. Apa yang perlu kita lakukan adalah memberi ia makan. Saya menasihatkan anda untuk tidak kuathir dengan kucing berwarna hitam dan segala anasir tahyul yang lain yang telah diberitahu pada kita.

“Adalah penting untuk kita ambil perhatian bahawa orang asing di dalam rumah itu bukan manusia, ia adalah kucing dan kucing bukan Anggota Parlimen. Ia mungkin mewakili kucing tetapi bukan Dewan,” katanya.

Sumber: Kenyans.co.ke

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *