Type to search

Buletin HM

Koko, Kucing yang Dijumpai di Enjin Kereta?

Share

Koko didapati hilang pada awal tahun ini dan telah dijumpai di enjin kereta Ford Mondeo di Plymouth, United Kingdom. 

“Saya amat bimbang terhadap kucing saya, Koko. Saya takut kerana Koko adalah kucing yang hidupnya di rumah. Kucing rumah selalunya takut and tak biasa dengan suasana luar.”

Koko, kucing yang hilang

Koko berada dalam kegelisahan kerana tidak dapat melarikan diri dan masih tersangkut di situ.

Koko yang berusia tujuh tahun kedengaran mengiau seolah-olah menangis di dalam kereta Ford Mondeo. Ahli bomba cuba menyelamatkan kucing ini tetapi mereka mengambil tempoh masa dalam 45 minit.

Koko

Pihak Bomba berdedikasi untuk menyelamatkan Koko
Mimik wajah Koko kelihatan sedih

Ahli-ahli yang terlibat dalam misi menyelamatkan Koko mengatakan mereka terpaksa mengeluarkan bahagian enjin menggunakan alatan yang agak canggih dan kepakaran yang tertentu.

Mereka berbuat sedemikian kerana tidak mahu mencederakan kucing tersebut. Walaupun kucing ini dapat diselamatkan tetapi kereta perlu dibina semula nanti.

Tuan Koko

Natalie Kruger, pemilik Koko menyatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana Koko boleh terperangkap di enjin. Natalie berasa amat bersyukur bahawa kucingnya itu dapat diselamatkan dan tidak mempunyai kecederaan yang ringan mahupun serius.

Sumber: bbc.com

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags