LOADING

Type to search

Buletin HM

Kisah Sadis Tapi Benar, Akibat Suntikan Perancang Kehamilan Pada Kucing

Share

Kisah ini merupakan perkongsian daripada seorang pencinta kucing di platform Facebook dan semoga menjadi iktibar bersama buat pemilik- pemilik kucing diluar sana.

“Kucing ini dibela, sayang katanya, tapi mungkin kekurangan ilmu dalam menguruskannya. Setiap 3 bulan kucing ini akan dibawa ke klinik veterinar swasta dan disuntik dengan suntikan perancang kehamilan untuk mengelakkan kucing ini beranak. Setiap suntikan kosnya RM20 dan telah dibuat selama beberapa tahun.”

Akibatnya, kucing ini berada dalam keadaan kritikal kerana perutnya telah penuh dengan nanah dan telah meninggal dunia di atas meja sebuah klinik veterinar kesan daripada suntikan perancang kehamilan tersebut.

Dinasihatkan kepada pencinta- pencinta kucing diluar sana mengambil kisah ini sebagai iktibar dan menjadi lebih cakna supaya tidak menjadikan suntikan perancang kehamilan sebagai satu pilihan, sebaliknya jadikanlah pemandulan sebagai satu jalan penyelesaian. Meskipun kosnya yang agak tinggi tapi ianya berbaloi demi menjaga kebajikan kucing- kucing peliharaan anda.

Kredit: Rozi Meng

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *