LOADING

Type to search

Cerita HM

Kenali Okunoshima, Pulau Arnab di Jepun

Share

Tidak perlu lagi terapi pemandangan seperti di Bali mahupun Maldives, cukuplah dengan melihat kecomelan haiwan berekor kontot ini di Rabbit Island, Okunoshima, Jepun!

Okunoshima, sebuah pulau di mana suatu masa dahulu Jepun pernah menghasilkan racun gas semasa perang dunia kedua di sini, kini bertukar menjadi ‘syurga’ pencinta arnab untuk ‘beramah mesra’.

Difahamkan, ujian untuk senjata kimia telah dilakukan pada koloni arnab yang dibawa ke pulau ini untuk menguji kesan gas beracun tersebut.

Beberapa pakar dan penyelidik mendakwa bahawa kewujudan arnab di pulau Okunoshima adalah ‘saudara-mara’ dari ujian yang pernah dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, ramai yang menyangkal ‘mitos’ tersebut yang tidak mempunyai hubungan sama sekali.

 

Sama ada fakta atau rekaan semata-mata, hal ini masih tidak jelas. Apa yang lebih menarik, kami mahu kongsikan bahawa kewujudan haiwan comel berkaki empat dan berekor kontot ini begitu mesra serta gembira ‘melayani’ pelancong yang berkunjung ke Pulau Arnab ini dari semasa ke semasa.

Photograph – Paul Brown/Ardea/Caters

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *