LOADING

Type to search

Cerita HM

KEJAM DAN SUNGGUH TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!

Share

Kisah anak kucing yang parah selepas dipijak oleh seorang kanak- kanak ini mendapat perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia. Mereka mengecam tindakan wanita yang membiarkan anak kucing mati tanpa mendapatkan rawatan selepas dipijak anak lelakinya sehingga patah tengkuk dalam kejadian di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, di Puchong, 27 November lalu.

Pihaknya menerima rakaman video kejadian yang berdurasi selama satu minit pada hari ini daripada penduduk pangsapuri berkenaan dan Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, perbuatan wanita itu tidak sepatutnya berlaku berikutan sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menjadi contoh dan menegur perbuatan anak mereka yang dianggap keterlaluan dan kejam. Aduan telahpun dilakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.

β€œNamun, kami kecewa kerana ibu kanak-kanak berkenaan hanya menguis anak kucing liar terbabit dengan kaki sebelum berlalu pergi tanpa mengambil tindakan seperti membawanya ke klinik haiwan bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sepanjang tahun ini juga pihaknya menerima kira-kira 300 aduan membabitkan penganiayaan terhadap haiwan di negara ini dan membuktikan kesedaran masyarakat untuk melindungi haiwan masih berada di tahap rendah.

Sumber: HMetro.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *