LOADING

Type to search

Cerita HM

KALUT, TETAMU ISTIMEWA MUNCUL SAAT SIARAN TV ‘LIVE’

Share

Sebuah kisah sungguh mencuit hati apabila sebuah program televisyen bertajuk β€˜Good Morning Denizli’ didatangi tetamu istimewa. Seekor kucing tiba-tiba melompat di atas meja pengacara sekaligus mengundang perhatian ramai pihak.

Situasi berlaku tanpa diduga itu bagaimanapun berjaya dikawal baik oleh pengacaranya, Kudret Celebioglu.

Menerusi rakaman itu, Kudret telah mengubah seluruh intipati program dan mengambil peluang menyampaikan maklumat berkaitan kucing jalanan kepada penonton.

“Seperti yang semua maklum, musim sejuk bakal tiba dan ‘tetamu’ yang tidak diundang ini perlukan lindungan dari orang ramai.

“Kita perlu membuka pintu untuk kucing jalanan memasuki ke dalam rumah serta memberi air dan makanan. Kita juga perlu menjaga dan memberi perhatian kepada kucing jalanan ini,” katanya.

Rata-rata penonton memuji tindakan pengacara itu kerana bersikap profesional dan baik hati dalam melaksanakan tugas meskipun berlaku halangan tanpa diduga.

Difahamkan, sejurus program itu tamat, Kudret bersama rakan sekerjanya telah memberi makanan dan menyediakan tempat tidur kepada kucing istimewa itu.

Bukan itu sahaja, salah satu krew di studio telah membelanya dan akhirnya kucing jalanan terkenal itu diberikan nama Husnu yang bererti kecantikan.

Sumber: Sinar harian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *