LOADING

Type to search

Cerita HM

JOM KITA KENALI KUCING SI PERAMAL KEMATIAN

Share

Kisah Oscar ini bermula apabila pentadbir dalam Steere House Nursing and Rehabilitation Center di Providence, Rhode Island membuat adopsi dengan mengambil enam ekor kucing ‘terapi’ daripada sebuah pusat perlindungan haiwan.

Namun, mereka tidak menyedari bahawa diantara enam ekor kucing yang diambil itu, salah satunya mempunyai deria rasa yang ke-6, iaitu boleh meramal kematian yang akan berlaku kepada pesakit.

Dari situ bermulanya perjalanan Oscar yang memiliki corak berjalur pada tubuhnya walaupun pada waktu itu, Oscar baru setahun jagung dan masih kecil.

OSCAR, KUCING PERAMAL KEMATIAN

OS2

MILIKI ‘SIXTH SENSE’

Kelebihan yang dimiliki Oscar telah menyebabkan dirinya ditempatkan pada tingkat 3, iaitu rumah kepada pesakit yang berada di peringkat akhir seperti Alzheimer, Parkinson dan juga Kanser. Pada tahun pertama, Oscar hanya menghabiskan masa dengan melayani sifat malasnya sahaja di sekitar perkarangan pusat pemulihan itu sambil memperhatikan aktiviti-aktiviti harian yang telah menjadi rutin buat penghuni hospital ini.

Sebelum ulang tahun pertamanya, Oscar sudah mula menunjukkan minatnya dengan melawat setiap satu daripada 41 pesakit lain. Pada waktu itu, Oscar hanya menjenguk pesakit melalui tingkap sepertimana yang turut dilakukan doktor atau jururawat lain.
Pastinya segala tindak tanduk dari seekor haiwan seperti Oscar tidak akan menjadi perhatian kakitangan hospital tersebut. Dalam erti kata lain, tiada siapa yang sedar dengan kelebihan luar biasa yang dimiliki kucing ini mampu meramal sesuatu kematian.

Walaubagaimanapun, selepas kejadian beberapa pesakit meninggal dunia, ada segelintir kakitangan pusat pemulihan ini mula menyedari sesuatu yang pelik pada Oscar. Perkara pelik yang dapat dikenalpasti mereka terhadap Oscar adalah, kucing ini hanya akan menjenguk atau mendekati pesakit-pesakit yang bakal dijemput kematian beberapa jam sahaja.

PEMERIKSAAN OSCAR

Jika tiada sebarang kematian dilaporkan, Oscar hanya akan merehatkan dirinya sambil terlantar di atas meja sepanjang hari.
Untuk menguji sama ada ia hanya kebetulan, kakitangan hospital yang terbabit mula melakukan ujian ke atas Oscar dengan meletakkan kucing itu di sebelah pesakit yang dikatakan hampir mati, tetapi Oscar meninggalkan pesakit tersebut dan berhijrah untuk mencari pesakit lain.

Tidak disangka-sangka, penghijrahan Oscar itu telah mengundang satu lagi kematian selepas Oscar melawat pesakit itu. Di antara individu yang mempercayai kuasa paranormal yang dimiliki Oscar ini adalah Dr. David Dosa, seorang doktor geriatrik dan penolong Profesor di Universiti Brown. Doktor David begitu yakin dengan kekuasaan ‘luar biasa’ Oscar sehinggakan beliau menulis keratan akhbar dalam New England Journal of Medicine dan juga menerbitkan buku mengenai berjudul ‘Making Rounds with Oscar’.

KUCING LUAR BIASA

Buku tersebut yang diterbitkan pada 2010 mengisarkan tentang bukti-bukti yang berjaya dikumpul berhubunga kuasa meramal kematian yang dimiliki Oscar dengan sokongan bersama kakitangan hospital. Doktor David menganggap pemberian ‘luar biasa’ yang diperoleh Oscar adalah satu dalam seribu. Kelebihan yang dimiliki Oscar ini membuatkan setiap ahli keluarga pesakit boleh bersiap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada yang tersayang sebelum terlambat.

Sudah tentu bukan semua orang akan mempercayai kelebihan deria ke-6 (sixth sense) yang dimiliki Oscar. Namun, setiap doktor pasti mempunyai tanggapan mereka tersendiri. Ini termasuk pandangan sesetengah pakar kucing yang menyifatkan bawa ketepatan masa Oscar membaca kematian pesakit itu mempunyai kaitan dengan bau tertentu yang membuatkan kucing itu menghampirinya lalu mengaitkan dengan kematian. Ada juga yang membuat tanggapan bahawa punca kekurangan melakukan pergerakan menyebabkan pesakit-pesakit ini meninggal dunia.

Kemudian, terdapat keraguan yang menegaskan bahawa rekod ramalam Oscar itu tidak begitu sempurna memandangkan ia telah dirancangkan dan sebagainya. Mereka berfikir bahawa kakitangan hospital dan Doktor Dosa hanya membuat pilihan masa-masa tertentu untuk Oscar membuat ramalan kematian secara tepat dan abaikan sekiranya ia tidak menjadi.
Akhirnya, tiada seorang pun daripada suara-suara negatif itu berjaya memberi kesan kepada Oscar untuk dirinya berhenti dari meramal kematian.

Sejak itu, kucing peramal kematian ini terus memberikan keselesaan kepada orang sakit bagi menikmati detik-detik terakhir mereka sebelum mati.

OS3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *