LOADING

Type to search

Cerita HM

JOM KENALI KUCING TERPENDEK YANG MEMEGANG REKOD DUNIA

Share

Kecil dalam kedudukan tetapi menampilkan personaliti yang besar. Bertemu Pixel, seekor kucing terpendek di dunia.

Kita sering melihat kucing dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang berbadan besar, kecil, langsing dan tak kurang juga termasuk dalam kategori gemuk atau obesiti.

Setelah diiktiraf oleh Guiness World Book of Records, Pixel,seekor kucing berketinggian 5 inci memegang gelaran sebagai kucing yang paling kecil atau terpendek di dunia.

Sebelum ini, ibunya, Fizz Girl, memegang gelaran sebagai kucing yang paling kecil di dunia, iaitu pada ketinggian 6-inci sekitar tahun 2012. Pada waktu ini, giliran Pixel pula memegang gelaran kucing terkecil dan terpendek di dunia.

ADAKAH INI KUCING TERPENDEK DI DUNIA?

PXL2

BAKA MUTASI GENETIK

Istimewanya Felix ini, kakinya begitu pendek dan saiz badannya agak kecil molek. Pixel bukan sahaja menawan hati orang-orang yang melihatnya, malah ia juga kelihatan sangat senang dan meriangkan hati semua yang melihat kelakuannya.
“Orang-orang yang melihatnya sangat senang. Mereka mengatakan betapa lucunya Pixel. Ramai yang ingin membawanya pulang”, ujar Tiffani Kjeldergaard yang merupakan pemilik Pixel dan menetap di Potrero California.

Pixel sebenarnya berasal dari baka Munchkin yang umum diketahui mempunyai kaki yang pendek. Kucing jenis munchkin ini merupakan satu baka kucing yang berasal daripada mutasi genetik semula jadi.

CIRI-CIRI

Baka kucing berkaki pendek ini mempunyai corak warisan (keturunan) dominan, sama seperti corgis (anjing) dan dachsunds (anjing).

Munchkin juga adalah kucing yang bersaiz sederhana dengan berat purata 5-9 kilograms. Jangka hayat kucing Munchkin ini mampu menjangkau sehingga 13 tahun atau lebih.

Menurut Tiffani lagi, beliau mengakui pernah terpijak dan tertendang kucing-kucingnya termasuk Felix sekurang-kurangnya sekali di dalam rumah secara tidak sengaja.

Beliau mengatakan bahawa keluarganya perlu berhati-hati untuk tidak meninggalkan pintu terbuka atau menutup pintu peti sejuk terlalu cepat. Pernah suatu ketika salah seekor daripada kucing Tiffani telah tersepit kepalanya pada pintu.

Bagi Tiffany sekeluarga, kejadian itu sudah biasa berlaku di rumahnya yang memelihara kucing seperti Munchkin ini.

KRITIKAN HEBAT

Menyuarakan keluhannya sebagai seorang pembiak baka Munchkin, Tiffani juga berpendapat bahawa individu yang tidak mengerti gen Munchkin ini akan menganggapnya sebagai kucing yang tidak sempurna dan cacat genetik.

Walaupun mendapat tentangan dari pelbagai komuniti kucing, wanita ini tetap mempertahankan pembiakan kucing baka Munchkin ini. Perkara ini sering berlaku dalam banyak kejadian yang melibatkan jenis baka kucing. Ciri-ciri tertentu akan diperbesarkan bagi menarik kritikan terhadap perternak baka kucing yang bakal dilabel sebagai kejam.

Jika sebelum ini, kucing paling yang pernah direkodkan adalah seekor kucing jantan campuran Himalaya dan Parsi, bernama Tinker Toy yang berukuran hanya 7 sentimeter tinggi dan 19 sentimeter panjang apabila menjangkau dewasa (berumur diantara 2 hingga 5 tahun). Kucing luar biasa kecil ini dimiliki oleh Katrina dan Scott Forbes yang berasal dari Taylorville, Illinois, Amerika Syarikat.

Tinker Toy dilahirkan pada 25 Disember 1990 dan meninggal dunia pada November 1997 ketika berusia enam tahun.

PXL3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *