LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

JIKA KUCING ANDA MENGALAMI MASALAH INI, AMBIL LANGKAH MENGATASINYA

Share

Seringkali kita menghadapi kes, tiba-tiba kucing kita tidak mempunyai selera makan secara tiba-tiba. Tentunya kucing yang tidak mahu makan atau tidak ada nafsu makan boleh membuat kita sebagai pemilik kucing bimbang.

Mengapa kita perlu bimbang? Ini kerana kucing kita boleh lemah dan diserang penyakit. Kucing yang tidak makan satu hari saja boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan kucing, sehingga boleh merubah metabolisme tubuh kucing dan mengakibatkan kerosakan tisu dan organ hati yang disebut sebagai penyakit β€˜Hepatic Lipidosis’ pada kucing. Apabila kucing tidak mahu makan lebih dari dua hari sebaiknya segera rujuk kepada doktor haiwan yang berhampiran.

KUCING ENGGAN MAKAN? 3 LANGKAH MUDAH MENGATASI

NO3

Penting sekali untuk mengetahui punca kucing tidak mahu makan, sehingga kita dapat mengenal pasti punca dan cara bagi mengatasi kucing yang tidak mahu makan. Antara sebabnya adalah kerana kucing sedang sakit atau mempunyai masalah pada sistem pencernaan yang menyebabkan kucing enggan makan. Penyebab lain adalah kerana perubahan pola makan kucing yang disebabkan beberapa faktor antaranya;

1. Penyakit mulut pada kucing

Salah satu penyebab kucing tidak mahu makan adalah berpunca kerana sakit gigi, gusi bengkak, gusi berdarah atau terdapat luka pada gusi dan rongga mulut bahagian dalam. Ini menyebabkan kucing tidak mahu makan kerana merasa sakit ketika hendak makan.

2. Ada masalah pada sistem pencernaan kucing

Kucing yang mempunyai masalah pada sistem penghadaman boleh menyebabkan kucing enggan makan kerana mual atau merasa sakit. Ada beberapa perkara yang menyebabkan gangguan saluran pencernaan pada kucing, di antaranya:

– Terdapat benda asing di perut atau usus kucing yang boleh menyebabkan kesakitan dan tersumbat
– Parasit seperti cacing dan protozoa
– Radang akut atau kronik pada membran yang melapisi usus besar.
– Pankreatitis (keradangan atau jangkitan pankreas)
– Perubahan persekitaran bakteria usus
– Kanser (misalnya limfoma usus)

Ciri-ciri kucing yang terdapat gangguan pencernaan adalah penurunan berat badan secara mendadak, cirit-birit, muntah, dan sembelit.

Apabila kucing didapati mempunyai tanda-tanda seperti itu, sebaiknya segera hubungi doktor veterinar untuk dilakukan diagnosis penyakit, kerana hanya doktor haiwan yang boleh mendiagnosis masalah saluran pencernaan kucing.

CARA MENGATASI KUCING TIDAK MAHU MAKAN

Setelah berjaya mengesan punca kucing tidak mahu makan, anda sebagai pemilik kucing perlu menjalankan tanggungjawab sebaiknya demi memujuk dan berusaha agar kucing anda makan. Berikut beberapa langkah mudah bagi mengatasi kucing yang tidak mahu makan;

1. Cuba ganti makanan kucing

Cuba ganti makanan dengan makanan basah atau wet food yang diperbuat daripada ikan yang beraroma kuat. Anda juga boleh campurkan sedikit wet food pada makanan kering bagi memberi memikat selera kucing anda semula. Mungkin juga boleh mengganti makanan kering dengan produk jenama lain.

2. Memancing nafsu makan kucing

Dengan menghalakan bau makanan ke hidungnya atau dengan memasukkan sedikit makanan ke dalam mulutnya bagi memancing semula selera makan si bulus anda.

3. Menyuap kucing

Kaedah menyuap kucing ini boleh dilakukan dengan menggunakan sudu kecil, atau dengan suntikan tanpa jarum. Suap kucing anda dengan hati-hati, pegang kepalanya, lalu masukkan hujung sudu yang mengandungi makanan atau cecair. Jangan disembur ke dalam mulut kucing kerana boleh menyebabkan kucing tersedak.

NO2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *