LOADING

Type to search

Fakta HM

Jika Anda Ingin Latih Kucing, Ini Perlu Anda Tahu

Share

Kucing jalani latihan? Ia kedengaran seperti satu perkara yang sukar dilakukan, malah sukar dipercayai. Sedangkan manusia sendiri sukar patuh pada arahan, terutama sekali jika disuruh melompat, berlari mahupun berkawad, inikan pula seekor kucing.

Pasti ramai di luar sana yang tidak percaya bahawa kucing juga boleh dilatih seperti bayi yang baru mulai belajar berjalan. Jika anda lihat carian di Youtube, sememangnya sudah menjawab persoalan di atas apabila berpuluh-puluh video kucing yang sedang melakukan pelbagai aksi mengujakan telah mula dimuatnaik dan dikongsikan di media sosial.

3 BAKA KUCING YANG BIJAK & MUDAH DILATIH

Baka1

ABYSSINIAN

Sesuai dengan nama julukannya iaitu Aby-silly-an, gelaran itu cukup menerangkan karakternya. Menggabungkan kepintaran dan bersifat berani dengan memiliki bentuk badan yang sangat akrobatik. Baka ini cemerlang dalam mempelajari helah dan mungkin mampu menyelesaikan Rubik’s Cube dalam beberapa saat, sekiranya dia mempunyai ibu jari berlawanan (opposable thumbs).

Personaliti yang amat sosial menjadikan dia seorang penghibur buat pemilik kucing yang memelihara baka ini. Berjalan di atas tali adalah satu keupayaan yang sempurna untuk kucing ini kerana dirinya gemar meraih perhatian dan pujian orang ramai.

Baka2

AMERICAN SHORT HAIR/ DOMESTIC SHORT HAIR

Kucing ini semua datangnya dari Amerika dan American Short hair adalah dari keturunan baka asli, manakala Domestic Short hair pula kucing digelar jenis baka bebas. Kedua jenis baka ini mempunyai banyak kelebihan jika dipelihara. Mereka periang, bertolak ansur, pandai menyesuaikan, tangkas, sabar dan sememangnya sangat pintar. Kemahiran mereka adalah memerhatikan keadaan sekeliling dan itu membuatkan baka ini digelar jenis kucing yang β€˜cepat tangkap’ dalam mempelajari sesuatu perkara baru.

Bukan sahaja anda boleh mengetahui mereka bertindak balas kepada permintaan seperti duduk dan naik, malah mereka juga mungkin bersedia untuk dilatih dengan helah atau teknik lain. Sebagai contoh, berjalan di atas tali, patuh terhadap peraturan di dalam rumah, seperti menggunakan scratching post daripada menjadikan kerusi sandar kegemaran anda sebagai tempat mengasah kuku mereka.

Baka3

SIAMESE

Jenis baka ini merupakan kucing yang tanpa henti menyimpan sifat ingin tahu. Lazimnya, ia seekor kucing yang pintar dan gemar mendesak. Mereka mahu terlibat dalam segala perkara yang anda lakukan, tetapi jika anda tiada disisi untuk menemaninya, kucing ini akan mula menghiburkan diri mereka dengan memusing kepala paip, berlari dan menyelongkar melalui almari atau perabot, dan seolah-olah khusyuk menonton televisyen

Kebiasaanya, kucing Siamese mengambil masa untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar dengan penuh minat. Seperti yang dimaklumkan, baka ini gemar untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci. Mereka juga enggan bermain atau melakukan helah kerana ianya seperti membandingkan dirinya dengan anjing. Apakah helah terbaik Siamese? Mengajar anda untuk lakukan apa segala kemahuannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *