LOADING

Type to search

Kata Doktor HM

INI YANG PERLU TAHU BILA (CAT FLU) TERJADI PADA KUCING ANDA

Share

Cat flu atau selsema kucing adalah seperti selsema yang berlaku pada manusia. Ia boleh menyebabkan hidung dan mata berair, sakit tekak. Gejala lain termasuk kerap bersin, kehilangan suara (vokal) serta demam. Selsema kucing tidak hanya serius pada kucing-kucing dewasa, malah anak kucing juga terdedah kepada jangkitan ini.

Walaupun kucing yang sedang sakit merupakan sumber terbesar jangkitan ini, sesetengah kucing yang sihat juga adalah pembawa virus secara senyap. Ayuh kenali punca utama berlakunya selsema pada kucing.

SELSEMA PADA KUCING (CAT FLU) KENALI PUNCA UTAMA

flu2

S1) Apakah yang dimaksudkan dengan selsema kucing? Boleh doktor bantu menerangkan lebih lanjut tentang penyakit ini.
Selesema kucing lazimnya berpunca daripada jangkitan virus, lalu mengakibatkan cairan hingus berwarna jernih mengalir dari hidung, manakala hingus yang berwarna hijau kekuningan boleh terjadi disebabkan jangkitan sekunder bakteria.
Ada juga selesema yang berpunca daripada alergi pada makanan, habuk dan persekitaran menyebabkan kucing itu kerap bersin hingga mengeluarkan hingus. Disebabkan faktor itu, pemilik kucing disarankan untuk bawa kucing mereka periksa di klinik haiwan. Ini kerana setiap jenis penyakit atau jangkitan mempunyai keadaan serta rawatan ubat yang berbeza-beza mengikut diagnosis dari Doktor Vet.

S2) Bagaimana cara penyebaran ‘Cat Flu’ ini boleh berlaku?
Cat Flu ini kerap disebarkan melalui sentuhan langsung ‘direct contact’ dengan kucing yang mengalami flu dan juga melalui airborne (partikel di udara). Disebabkan itu, jika ada kucing flu atau sakit di rumah, perlu ia diasingkan daripada kucing lain. Seeloknya juga, jika rumah kita mempunyai penapis udara (air-filter) yang baik dengan kelengkapan HEPA dan UV, kerana ia boleh menapis partikel udara yang kotor dan membawa antigen berbahaya.

S3) Adakah terdapat kesan jangka panjang yang boleh terjadi pada kucing akibat gejala selesema ini?
Jika rawatan flu yang diterima tidak berkesan, atau mungkin flu reda hanya sepanjang tempoh rawatan dan kembali semula selepas selesai tempoh rawatan, adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan darah bagi diagnosis Feline Immunodeficiency Virus (FIV) atau Feline Leukemia Virus (FELV).
Dikhuatiri juga kucing yang dijangkiti virus tersebut boleh menyebabkan ‘immunity drop’ dan ketahanan badan tidak memberi respon kepada jangkitan minor. Selesema yang berterusan juga boleh menyebabkan tekanan kepada kucing dan mengganggu tempoh pembesaran mereka terutamanya kepada anak kucing, susut berat badan serta keguguran bulu yang melampau.

S4) Bagaimana tanda-tanda kucing dijangkiti selsema boleh dikenal pasti? Boleh doktor kongsikan serba ringkas.
Tanda-tanda selesema adalah mengikut jenis keadaan dan jangkitan, sama ada jangkitan virus seperti Herpes, Calici, atau Rhinotracheitis. Hidung berair, bersin, hingus berdarah, batuk, tercungap-cugap semasa bernafas, mata berair dan merah, tiada selera makan, hidung dan kaki hadapan (front paw) berkerak hingus

S5) Adakah kucing yang diserang penyakit selsema boleh menjadi pembawa virus kepada manusia?
Tidak perlu risau kerana lazimya jangkitan seperti selesema adalah ‘species specific’ kepada haiwan tertentu. Ini bermakna, virus flu yang menjangkiti kucing adalah berbeza ‘strain’ dengan virus manusia, anjing dan haiwan lain. Vaksin terhadap kucing adalah berbeza strain berbanding vaksin anjing.
Namun, jika pemilik kucing mempunyai alergi pada bulu kucing, memang boleh berlaku gejala seperti bersin dan selsema tetapi bukanlah disebabkan oleh jangkitan virus kucing tersebut.

S6) Bagaimana penyakit selsema kucing ini boleh dirawat dan dicegah oleh pemilik kucing di luar sana?
Pencegahan utama yang perlu dititiberatkan oleh pemilik kucing adalah melalui suntikan vaksin. Ini kerana vaksin kucing mengandungi ‘4 in 1’, dimana kebiasaannya diberikan kepada kucing bagi mencegah imuniti mereka daripada penyakit respiratory (penafasan) yang merupakan penyakit nombor satu sering berlaku kepada kucing.

flu1

DOKTOR NATRAH ABD RAZAK
KLINIK HAIWAN I-VET PET CARE SEKSYEN 23, SHAH ALAM
WEBSITE: WWW.IVETPETCARE.COM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *