LOADING

Type to search

Buletin HM

FUN RUN SEMPENA SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN ANTIBIOTIK SEDUNIA DAN HARI KEBAJIKAN HAIWAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Share

Kelab Sukan Dan Kebajikan Veterinar (KESUVET), Ibu Pejabat Veterinar Putrajaya bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia akan mengadakan Acara Fun Run Sempena Sambutan Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia dan Hari Kebajikan Haiwan Peringkat Kebangsaan 2018 dengan tema “Fun Run: Jom! Cermat Guna  Antibiotik Haiwan 2018 ”.

Acara Fun Run: Jom! Cermat Guna Antibiotik Haiwan ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :2 Disember 2018 (Ahad)- MAHA
Masa :6.45 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat :Laman ternakan, MAEPS Serdang

(Flag Off di kawasan hadapan tapak pameran walit) Akses terhampir melalui GATE 2

WhatsApp Image 2018-11-26 at 12.32.02 PM

Objektif Acara Fun Run yang diadakan semasa pameran MAHA 2018 berlangsung ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta yang terdiri daripada orang awam, persatuan/ industri berkaitan kesihatan haiwan serta agensi-agensi berkaitan, terhadap kerintangan antimikrobial (penggunaan antibiotik tidak terkawal pada haiwan/ternakan) dan isu kebajikan haiwan yang merupakan isu global dan melibatkan sambutan di seluruh dunia.

WhatsApp Image 2018-11-26 at 12.32.02 PM(1)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *