LOADING

Type to search

Fakta HM

DO & DON’T DALAM PEMAKANAN KUCING ANDA

Share

Kebanyakan pemilik kucing masa kini amat berhati-hati dengan apa jenis makanan yang dihidangkan buat si comel di rumah, terutamanya jika kucing kesayangan mula hilang minat dan ‘cerewet’ dalam makanan rutin yang disediakan.

5 DO & DON’T, CAMPUR MAKANAN KUCING ANDA

Cute tabby kitten eating food from a bowl on white background

Mujurlah, terdapat beberapa petua yang boleh anda gunakan untuk ‘membangkitkan’ semula selera makan si comel kesayangan, termasuk dengan mencampurkan makanan tersebut.

Sebelum anda berhasrat untuk mix and match, berikut adalah beberapa perkara yang dikongsikan berkenaan perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan semasa mencampurkan makanan haiwan anda di rumah.

LAKUKAN PERTIMBANGAN UNTUK MENCAMPURKAN PRODUK MAKANAN KUCING DENGAN PELBAGAI BENTUK, TEKSTUR DAN BAU.

Untuk pengetahuan pemilik kucing di luar sana, bentuk, tekstur dan aroma adalah sifat-sifat makanan haiwan yang paling utama berfungsi sebagai ‘pemikat’ selera makan si comel anda.

Cuba anda menarik nafsu makan mereka dengan menawarkan campuran hidangan dengan pelbagai aroma kelazatan, rasa, dan tekstur yang ‘menggiurkan’. Anda mungkin terkejut tapi gembira untuk mengetahui bahawa si comel kesayangan sedang menikmati ‘pengembaraan’ santapan yang enak.

JANGAN MULA MENCAMPURKAN MAKANAN HAIWAN PELIHARAAN TANPA MERUJUK DOKTOR VETERINAR

Terdapat banyak jenis makanan haiwan peliharaan dirumuskan bersesuaian dengan peringkat kehidupan tertentu, gaya hidup malah tidak terkecuali keadaan kesihatan. Mencampurkan makanan dengan sesuka hati tanpa mengambil kira pertimbangan mampu memberi kesan negatif secara tidak sengaja kepada kucing anda.

Sebagai contoh, pertambahan berat badan yang tidak diingini, pendedahan keterlaluan kepada vitamin dan mineral tertentu, serta lain-lain permasalahan. Kurangkan tekaan anda dan sila berunding dengan doktor haiwan berdekatan.

BUAT PERTIMBANGAN UNTUK MENAMBAH SEDIKIT AIR PADA DRY KIBBLE

Kebanyakan kucing gemar makanan kering mereka. Tetapi jika si comel peliharaan anda telah menonjolkan ‘paparan’ wajah yang kurang minat terhadap sesuatu dry kibble, ia mungkin masa sesuai untuk menambah sedikit ‘kuah’.

Kaedah ini memang mudah dilakukan. Anda hanya perlu mengambil kira-kira ¼ cawan air yang ditapis dan tambah pada bahagian atas mangkuk makanan kering itu untuk melembapkan serta meningkatkan rasa makanan tersebut. Paling penting, kucing sering mendapat manfaat dengan kaedah itu kerana mereka sering mempunyai masalah kekurangan air (dehidrasi).

Dapatkan nasihat atau pandangan dari doktor veterinar jika kucing anda mendapat manfaat daripada ‘kuah’ pada makanan mereka.

LAKUKAN PENYEBATIAN MAKANAN TIN (WET FOOD) DAN MAKANAN KERING (DRY FOOD)

Menambah makanan basah dengan makanan jenis kering adalah satu lagi cara meningkatkan kandungan kelembapan serta menambah rasa hidangan. Selain itu, campuran dua jenis makanan ini juga membolehkan anda bebas memilih sesuatu produk yang sesuai dengan bajet bulanan anda.

Namun, perlu berbincang dengan doktor haiwan anda tentang kelengkapan sebatian makanan basah dan makanan kering yang dicampurkan supaya memenuhi keperluan diet kucing peliharaan. Adakah nisbah makanan basah serta kibble yang dihidangkan menepati peruntukan bagi setiap hidangan mereka? Oleh itu, rujuk doktor veterinar anda.

JANGAN CAMPURKAN MAKANAN HAIWAN PELIHARAAN TERAPEUTIK (KHAS RAWATAN ATAU KESIHATAN) DENGAN MAKANAN LAIN TANPA BERUNDING DENGAN PAKAR

Buat pengetahuan pemilik kucing, pengeluar makanan haiwan peliharaan terapeutik mula menghasilkan formula khusus bertujuan mengekalkan kesihatan haiwan peliharaan agar sentiasa sihat. Kecanggihan sains di sebalik makanan terus berkembang dan faedah besarnya adalah diet terapeutik.

Rumusan tersebut dicipta untuk mencegah atau melambatkan serangan dan cetusan sesuatu masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, ia adalah penting bahawa anda tidak menambah apa- apa diet terapeutik tanpa merujuk dengan doktor haiwan. Kemungkinan campuran bersama diet tersebut mempunyai kesan buruk iaitu mencairkan formulasi yang tepat dan mungkin juga bertindak balas dengan kelebihan yang sepatutnya untuk haiwan kesayangan anda.

Cat licking her lips after eating

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *