LOADING

Type to search

Cerita HM

Bootsssss!! Si Kucing Berkaki Dua

Share

Melihat keadaan haiwan yang serba kekurangan ini menjadikan kita sayu, dan pada masa yang sama menjadi motivasi untuk kita insan yang serba sempurna ini. Begitulah nasib seekor kucing yang cuma mempunyai dua kaki sahaja, bernama Boots.

Bootsssss!! Si Kucing Berkaki Dua

da476b868d35dc2b207d9fe27d495897

Boots merupakan seekor kucing yang sejak kecil lagi dijumpai dengan dua belah kakinya sudah tiada. Boots dijumpai oleh seorang pekerja di klinik veterinar dalam keadaan lemah dan tanpa kedua belah kakinya.

Melihat keistimewaan yang ada pada Boots, dia telah dibawa ke Denver Colorado, iaitu satu tempat yang dipanggil sebagai β€˜Life is Better Rescue.’ Di sini, Boots telah mendapat penjagaan yang rapi sehinggalah dia sudah betul-betul kuat dan cergas walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.

Pasti semua tertanya-tanya, bagaimana kucing dengan usia sekecil ini boleh kehilangan kedua belah kakinya? Doktor haiwan telah mengesahkan bahawa kaki Boots tidak hilang disebabkan oleh kecacatan kongenital atau keadaan semula jadi. Jadi? Mungkin Boots terlibat dalam satu kemalangan atau sebaliknya.

Kesakitan yang dialami oleh Boots tidak tergambar dengan kata-kata. Sepanjang proses pembesaran, kedua-dua tulang kaki dan saraf yang terdedah telah menyebabkan kesakitan kerana bahagian-bahagian itu turut membesar dan Boots mula mempunyai perubahan pada berat badan yang turut bertambah. Dengan berbekalkan dua kakinya lagi, Boots menjadi seekor kucing pejuang yang comel.

Melihat kelincahan Boots dan dengan teknologi canggih yang ada, Boots telah dipakaikan dengan sepasang ‘kasut biru’ yang diperbuat daripada prosthetics. Kasut ini dibuat untuk membantu Boots bergerak dengan lebih baik, seperti kucing-kucing lain yang mempunyai empat kaki. Walau bagaimanapun, melalui pemerhatian Megan Brocato, seorang yang bertanggungjawab mengawasi Boots bersama kasut birunya berkata, kadangkala Boots menggunakan tiga kaki untuk menaiki tangga di rumah. Ada satu ketika Boots menanggalkan kasutnya dan menaiki tangga menggunakan dua kaki sahaja. Megan Brocato percaya apabila Boots sudah biasa dengan kasutnya nanti, Boots boleh mencari tuan atau rumahnya sendiri, sama seperti kucing lain.

Megan Brocato menambah, Boots akan menjalani pembedahan untuk membentuk sepasang kaki baru kekal untuk memudahkan pergerakan Boots seperti kucing-kucing lain yang hidup dengan sempurna dan mempunyai empat kaki. Kata Brocato lagi, pembedahan ini dijalankan bukan sahaja untuk memudahkan Boots bergerak, tetapi turut menjalani kehidupan sebagai seekor kucing betina yang normal dan akan mempunyai anak-anak pada masa akan datang. Dengan itu sedikit sebanyak kaki ini boleh membantu Boots untuk mengendalikan anak-anaknya pada masa akan datang.

Semoga pembedahannya berjalan lancar, dan kaki barunya kelak dapat membantu Boots bergerak semaksima mungkin. Sama-sama kita doakan untuk si comel ini ya…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *