LOADING

Type to search

Buletin HM

BERDOZEN KUCING MUMIA, KUMBANG SKARAB DITEMUI DI MAKAM MESIR

Share

Perkuburan kucing besar-besaran dan koleksi kumbang scarab unik yang dimumiakan telah ditemui semasa penggalian arkeologi di Saqqara, Mesir oleh Kementerian Barangan Antik Negara pada hari Sabtu lepas.

Misi arkeologi ini bermula pada bulan April dan mereka berjaya menemui tujuh makam mumia. Tiga makam daripada tujuh itu dipenuhi dengan berpuluh-puluh kucing mumia yang dipercayai berasal daripada dinasti kelima dan keenam beribu tahun yang lalu dan empat makam mempunyai pelbagai barangan termasuklah satu makam milik Khufu-Imhat iaitu pengawas bangunan di istana kerajaan Mesir kuno.

Satu koleksi kumbang scarab juga ditemui dalam seksyen yang dipanggil nekropolis Memphis. Dua daripada serangga itu dibalut dengan linen di dalam sarkofagus batu kapur segi empat yang dihiasi dengan lukisan kumbang hitam besar yang dianggap suci di Mesir kuno.

 

Selain daripada kucing dan kumbang scarab mumia, mereka juga menemui patung-patung ukiran kayu dengan ciri-ciri singa, lembu dan helang. Mereka juga turut mengumpulkan 1,000 tangkal, beberapa balang, alat tulis, dan helaian- helaian kertas dari Kitab Kematian.

Sumber: CNN Global

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *