LOADING

Type to search

Keperluan HM Produk HM

BEKAS REHAT KUCING YANG SANGAT SELESA

Share

Pemilik si bulus pastinya runsing memikirkan cara untuk mengelakkan si bulus tidur di atas katil anda. Bukan apa, pemilik si bulus ini pasti akan bersalah untuk mengejutkan si bulus dari tidur kan? Tapi jika tak dikejut, pemilik bulus pula tidak dapat tidur. Life@pp yang dulu telah keluar dengan produk cat cave, kini tampil dengan produk baru yang pasti akan menjadi ‘port’ berehat si manja. Selamatlah tempat tidur anda.

Basket Bowl Awesome Ideas!

B1

Basket bowl yang didatangkan dengan empat warna menarik iaitu sunset orange, turquoise green, navy blue dan light grey yang pasti memukau, bukan sahaja si bulus tapi anda sebagai pemilik mereka juga akan tertawan dengan produk ini. Dengan penggunaan bahan dari polyester, basket bowl bukan sahaja selesa digunakan, malahan mudah dicuci. Tapi, pastikan anda mencuci produk ini menggunakan cucian tangan ya.

Produk ini bukan sahaja mudah digunakan, malah basket bowl boleh di bawa ke mana-mana sahaja, kerana produk ini mudah dilipat dan mudah dipasang semula. Basket bowl pasti akan menjadi teman baik si bulus, walaupun mereka terpaksa travel bersama anda. Produk ini sesuai digunakan oleh semua jenis kucing, tanpa mengira had umur si bulus.

B3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *