LOADING

Type to search

Buletin HM

“Before you go” – 6 Langkah Bawa Si Bulus Travel

Share

Berjauhan dari si bulus bukannya mudah. Lebih-lebih lagi anda perlu berjauhan selama berhari-hari atau berminggu-minggu dengan mereka. Dengan teknologi yang ada sekarang, anda dan si bulus dapat bersama walau apa sahaja keadaan. Jom lihat langkah untuk bawa si bulus meneroka dunia bersama!

Nasihat Pakar

Pastikan anda mendapat nasihat dari doktor veterinar dan memberitahu ke mana anda akan bawa si bulus. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti keadaan cuaca dan risiko penyakit yang ada di tempat tersebut, sekaligus doktor dapat mengenal pasti vaksin yang perlu di ambil dan kesan yang akan dihadapi oleh si bulus anda, apabila berada di sana.

Ruang Yang Selesa

Anda perlu memastikan tempat yang digunakan untuk meletakkan si bulus berada dalam keadaan yang baik, besar mengikut saiz si bulus, sesuai untuk bergerak dan mempunyai pengaliran keluar masuk udara yang baik. Elakkan si bulus keluar dari sangkar mereka semasa perjalanan. Dikhuatiri si bulus tidak biasa berjalan jauh dan ‘mood’ mereka berubah, ini boleh mengundang bahaya untuk perjalanan anda dan si bulus. Jika si bulus sudah biasa mengembara bersama anda, biarkan si bulus jadi co-pilot anda sepanjang perjalanan.

Travel 4

Survey

Penting untuk anda mengetahui, destinasi yang anda tuju bersama dengan si bulus berhampiran dengan klinik veterinar atau tidak. Ini bertujuan untuk memudahkan hal-hal kecemasan yang berkaitan dengan si bulus. Jangan lupa! Bawa bersama rekod dan kad perubatan si bulus anda bagi memudahkan proses rawatan.

Penginapan

Cari tempat penginapan yang membenarkan anda membawa haiwan peliharaan tinggal bersama. Kebanyakan hotel yang ada selalunya tidak membenarkan haiwan peliharaan untuk tinggal bersama dengan pemiliknya, lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa meninggalkan si bulus anda bersendirian di hotel kucing berhampiran. Pastikan tempat penginapan anda berhampiran dengan hotel kucing, di mana anda boleh meninggalkan si manja anda dengan selamat di sana.

KeperluanΒ  Si Manja

Sediakan sebuah kotak khas buat menyimpan semua kelengkapan si manja anda seperti mainan kegemaran dan makanan, bekas minuman, pasir kucing, bekas litter travel, plastik kitar semula dan scooper. Bawa bekalan air untuk si bulus anda, bagi mengelakkan perut si bulus ‘meragam’ selepas minum air di tempat lain.

Ambil langkah mudah ini dan bawa si bulus anda meneroka keindahan alam bersama! Jadikan perjalanan anda besama si bulus indah dan padat dengan kenangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *