LOADING

Type to search

Buletin HM

3 SEBAB KUCING BAKAL DILARANG DI BANDAR NEW ZEALAND

Share

Sebuah pekan di New Zealand yang bernama Pekan Omaui sedang berusaha untuk menjadikan pekan tersebut sebuah zon bebas kucing.

1. Kucing domestik menyerang haiwan asal New Zealand

Melalui rekod- rekod lampau, kucing domestik yang menjadi haiwan peliharaan banyak menyerang haiwan spesies asli di kawasan tersebut dan ini menjadikan pemeliharaan kucing sebagai menjadi isu kontroversi di New Zealand dek kerana kebimbangan konservasi haiwan asal.

“Kami bukan pembenci kucing, tetapi kami mahu persekitaran kita menjadi kaya dengan hidupan liar,” kata Pengerusi Badan Amal Tanah Perlindungan, John Collins, yang organisasinya menggesa larangan itu dilakukan.

Pemilik kucing tempatan memberitahu media bahawa mereka enggan mematuhi larangan itu. Seorang penduduk berkata, masalah tikus di kawasan tanahnya sangat teruk, “jika saya tidak mempunyai kucing, ia menjadi tidak sihat untuk saya tinggal di rumah saya.”

Kucing domestik mula diperkenalkan ke New Zealand oleh pendatang Eropah pada tahun 1800-an, dan bilangannya telah meningkat kepada 1.4 juta dalam negara itu.

Walaupun kebanyakan kucing itu dijadikan sebagai haiwan kesayangan, namun ianya tidak mampu menghalang mereka untuk menyerang cicak asli dan burung, termasuklah burung kiwi yang menjadi maskot kebangsaan.

2. Pulau- pulau terpencil di New Zealand merupakan pulau bebas kucing.

Sejak tahun 1920an, beberapa pulau terpencil di New Zealand telah mengharamkan dan membasmi kucing domestik.

3. Menjadikan bandar New Zealand sebagai kawasan yang selamat bagi burung kiwi.

Awal bulan ini, Menteri Pemuliharaan New Zealand, Eugenie Sage mencadangkan bahawa ibu kota Wellington harus memperkenalkan larangan kucing untuk mempromosikan pengenalan semula burung kiwi ke zon bandar.

Saya yakin secara beransur-ansur kita akan melihat orang mula menyedari bahawa memelihara hidupan liar akan bermakna anda harus memelihara kucing mereka di dalam rumah dan tidak menggantikannya apabila haiwan peliharaan mereka telah mati,” kata Sage.

Sumber: DW.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *