Type to search

Pilihan Editor

‘Backpack’ Kucing atau ‘Carrier’ Mana yang Terbaik untuk Bawa Kucing Berjalan-jalan & ke Vet?

Share

Apa yang perlu di 'Take Note'?

Apa yang perlu anda take note? Jawapan: Backpack kucing akan memudahkan kita untuk membawa si bulus dari Tempat A ke Tempat B. No more lenguh tangan lagi yeay!

Smitten, si kucing yang amat gemar apabila dipuji cantik. Tetapi apabila membawanya keluar untuk melihat dunia luar si bulus ini terus tak keluar rumah. Terus lenyap, hilang tak dijumpai.

Backpack Cat

Demi mengatasi isu ketakutan atau fobia yang dihadapi oleh Smitten, maka backpack kucing ini amat sesuai untuk Smitten, lebih-lebih lagi untuk kucing yang takut untuk keluar atau kucing rumah. Selalunya kucing rumah yang akan mengalami situasi seperti ini.

Jika kucing anda takut dia boleh menyorok di bahagian bawah beg

Untuk berjumpa dengan doktor haiwan, tuan Smitten perlu berjalan kaki ke sana selama 15 minit. Penggunaan carrier akan membuat tangan cepat lenguh dan dia juga akan cepat keletihan.

Smitten merupakan seekor kucing Parsi di mana Smitten merupakan kucing yang kuat makan. Beratnya sekitar 17 paun, sama berat seperti membawa enam Macbook Air.

Kelebihan menggunakan backpack kucing ini adalah, beg ini mempunyai ruang udara yang mencukupi di bahagian bawah beg tersebut.

Sesetengah kucing rumah tidak biasa melihat dunia luar. Kadang kala, kucing ini lebih suka duduk di rumah kerana dunia luar terlampau luas dan banyak benda yang berkeliaran. Ia akan ketakutan kerana masih tidak biasa dengan suasana yang berlainan dari kebiasaan.

Jika anda betul-betul sayangkan kucing anda, maka bawa lah mereka ke persekitaran taman atau rumah anda. Setiap kucing memerlukan persekitaran yang berbeza sekali-sekala. Kesian juga mereka asyik duduk sepanjang hidupnya di rumah anda. Ambil masa dalam 15 minit sehari pun dah cukup bahagia buat si bulus anda!

Bagi yang meminati Backpack kucing seperti yang digunapakai oleh Smitten, boleh dapatkan di rangkaian kedai jualan atas talian atau petshop di sekitar anda.

Sumber: ozy

Ditulis oleh: AinaAmirah Roslim

Tags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *