LOADING

Type to search

Fakta HM

ASAS PERALATAN ANAK KUCING YANG KORANG PERLU AMBIL TAHU

Share

Dari keperluan makanan sehinggalah alat permainan si bulus perlu diambil tahu. Lagi-lagi kepada pemilik yang ingin membela anak kucing di rumah. Kadang, memang terasa sangat happy sebab nak menyambut kedatangan ‘ahli keluarga’ yang baru ke dalam rumah. Jadi, korang dah buat persediaan asas bagi peralatan untuk anak-anak kucing? Kalau belum, jom kita baca senarai peralatan asas buat si comel kita ini.

7 ASAS PERALATAN ANAK KUCING YANG KORANG PERLU AMBIL TAHU

Maine Coon kitten, 7 weeks old, using a scratch post

Bekas Makanan & Minuman

Untuk peralatan bekas makanan dan minuman, dicadangkan untuk korang menggunakan bekas mangkuk jenis keluli yang tahan karat berbanding bekas mangkuk plastik. Ini kerana, bekas mangkuk berjenis plastik boleh membiakkan bakteria Acne Feline serta akan mengekalkan bau makanan yang terdahulu walaupun sudah meletakkan makanan yang baru ke dalam mangkuk makanan. Manakala mangkuk makanan jenis keluli tahan karat senang dicuci dan sekaligus menghilangkan baunya. Tapi bagaimanapun, walau apa pun jenis mangkuk makanan tersebut, pastikan rekabentuk mangkuk tersebut leper dan mudah untuk anak kucing korang untuk capai makanan serta minuman.

Litter Bagi Anak Kucing

Yang ini pun penting untuk keselesaan si kitty dan juga untuk korang juga. Korang mesti tak suka jika ada najis-najis yang bersepah di sekitar rumah. secara tak langsung membangkitkan pencemaran bau pada korang pula. Pastikan korang menyediakan bekas untuk si kitty korang membuang. Bila sediakan, korang kena latih untuk anak kucing tu membuang di bekas yang telah disediakan. Dalam bekas litter tu make sure jangan biarkan kosong. Letakkan pasir untuk memudahkan anak kucing tersebut membuang. Jika anak kucing tidak selesa untuk membuat di litter yang korang sediakan, cuab check balik pada litter tersebut. Kemungkinan anak kucing tidak selesa guna sebab terlalu banyak kotoran di dalam litter tersebut. Korang kena rajin sikit untuk membersihkan litter anak kucing.

Tempat Tidur

Anak kucing seperti kita juga. Memerlukan tempat untuk tidur serta merehatkan diri. Lagi-lagi anak kucing yang memerlukan tidur untuk membesar walaupun tersangat aktif untuk bermain ketika berada di usia tersebut. Anak kucing biasanya tidak cerewet. Sekadar letakkan lapik atau kalau korang rajin, boleh beli alas kucing untuk keselesaan si kitty. Pastikan tempat tidur yang disedaikan itu lembut serta hangat. Kucing tidak sukakan tempat yang agak sejuk untuk tidur. Tidak selesa. Ataupun, kalau korang kreatif, boleh buatkan satu tempat tidur untuk si kitty korang. Tiada masalah.

Tempat Untuk Scratching

Disebabkan anak kucing sangat aktif untuk bermain pada usia sebegitu, jadi korang juga perlu menyediakan tempat untuk si kitty ini mencakar. Memang naluri seekor kucing kerana suka mencakar. Kebanyakan peralatan scratching mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Korang boleh pilih ikut kesesuaian anak kucing nanti. Paling tidak pun, korang boleh buat sendiri tempat scratching itu. Sini kami listkan beberapa tips untuk tempat mencakar.

• Kukuh dan stabil.
• Tinggi. Mudah untuk anak kucing memanjat serta merenggangkan badannya.
• Posisi yang menegak.

Ginger kittens, Tom and Butch, 8 weeks old, eating from plastic food bowls

Alat Permainan

Seperti yang ketahui, sifat semulajadi anak kucing ialah suka bermain. Jadi pastikan korang sudah menyediakan alat permainan atau tempat untuk si comel untuk bermain. Tapi pastikan alat mainan yang hndak dimain oleh si kitty korang tidak terlalu kecil. Kemungkinan untuk tertelan atau tercekik tinggi. Jadi kes lain pula nanti. Apabila berikan si kitty korang alat untuk dia bermain, korang pun janganlah kaku tengok dia main je. Bermain dengan si kitty tu sekali. Masa itulah pun dia dapat meraih perhatian pun. Secara tak langsung, hubungan anak kucing dengan korang pun makin rapat.

Grooming

Macam yang korang tahu, kucing juga sangat menitikberatkan kebersihan tau. Jadi apa salahnya kalau seminggu sekali korang buat sedikit grooming dekat si comel sekor ini. At least, korang wajib ada syampu/sabun bulu kucing serta hairdryer.
Jika korang mempunyai anak kucing yang berbulu panjang, boleh ikut tips di bawah :

• Berus dawai (korang boleh beli seutas dawai jika korang mahu).
• Sebatang sikat bergigi logam dengan berselang lama dan gigi-gigi pendek.
• Berus slicker.

Kolar

Kadang mesti terasa nak bawa anak kucing korang bersiar-siar di luarkan. Jadi memang wajib untuk membeli tali pembawa kucing. Lagipun ini salah satu cara yang selamat daripada membiarkan anak kucing merayau jauh dari korang. Tapi pastikan kolar yang diletakkan pada leher anak kucing tidak terlalu ketat atau longgar. Kalau ketat nanti sukar pula si kitty untuk bernafas. Kalau longgar pula, senang untuk si comel terlepas dari korang.

sleeping

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *