LOADING

Type to search

Cerita HM

ANDA PASTI TIDAK PERCAYA DENGAN PERANGAI PELIK KUCING INI

Share

Siapa-siapa yang melihat wajahnya pasti geram kerana kecomelannya. Mata yang bulat dengan bulu yang gebu pasti mengundang rasa geram untuk mendukung kucing kelahiran United Kingdom ini. Si tuan menamakannya sebagai Noriss. Noriss dibela oleh pasangan Richard dan Sophie Windsor.

Wajahnya memang comel, tetapi sayangnya mempunyai bakat sebagai pencuri. Kucing ini kelihatan biasa seperti kucing-kucing lain tetapi ia mempunyai tabiat yang agak pelik. Sekiranya kucing lain suka melompat-lompat bermain bola benang, Noriss pula gemar mencuri. Noriss belajar mencuri makanan hinggalah kepada pakaian dalam wanita.

NORRIS, KUCING BIJAK MENCURI

Stole4

KUCING COMEL & BARANGAN CURI

Norris merupakan seekor kucing jantan peliharaan Richard dan Sophie Windsor yang telah memeliharanya sejak kecil lagi. Pasangan ini mengatakan ketika usia Norris satu tahun, mereka menyedari bahawa Norris mempunyai bakat mencuri di mana ia mencuri makanan, kain lap sehingga pandai mencuri pakaian jiran-jiran mereka.

“Awalnya dia diam-diam mengambil kain lap debu dan kain tuala pinggan mangkuk, tetapi sekarang dia mula mengambil pakaian, termasuk pakaian dalam wanita dan seluar dalam, ” ujar Richard, dipetik dari laman Dailymail.co.uk.

MENGIAU SELEPAS MENCURI

Pada awalnya, pasangan ini mendapati set tuala, pakaian bayi dan sosej yang tercicir di lantai. Tidak ada yang tahu bagaimana benda-benda tersebut boleh berada di lantai. Setelah disiasat, semua itu adalah kerja Si Norris. Kucing ini akan mengambil beberapa barang pada malam hari, baik barang pemiliknya mahupun jiran tetangga. Pada pagi hari, barang-barang itu terkumpul berhampiran sangkarnya.

Perkara ini membuat pemilik Norris malu, walaupun barang yang dicuri bukan barang mewah atau berharga, tetapi barang itu ada pemiliknya. “Semua jiran tetangga kami sangat baik hati dan menganggap hobi Norris ini sebagai perkara yang lucu,” jelas Richard.

Kebiasaannya, ketika pagi hari, Norris akan mengiau-iau, seolah-olah membuat pengumuman tentang barang hasil curiannya. Richard dan Sophie akan bangun dengan sabar memilih mana barang mereka dan mana barang jiran tetangga. Kemudian, barang-barang itu dikumpulkan dan diserahkan pada jiran-jiran setempat setelah diambil oleh kucing mereka.

Sebagai pemilik Norris, Richard dan Sophie berharap agar tabiat kucing peliharaan mereka itu segera berhenti mencuri. Richard dan Sophie berusaha tidak melayan sangat sikap Norris yang mengiau-iau setiap pagi untuk menunjukkan barangan curiannya.

Mereka berharap sikap acuh tak acuh itu akan membuat Norris tidak lagi mencuri barang-barang. “Dengan mengabaikannya setiap kali dia membangunkan kami, kami berharap dia berhenti daripada meneruskan tabiatnya yang suka mencuri itu,” ujar Richard.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *